Bila tak tahu bertanya, bila tak faham baca lagi. Bila ragu-ragu, tawakkal. Bila ada lebih terasa ingin nak memberi. Bila dapat apa-apa yang baik terasa nak berkongsi. Bila ada kelapangan, cuba cari maklumat, hatta maklumat yang apa-apa entah. Alasannya nak tahu, nak tambah ilmu.
Seringkali hati rasa bahagia bila dah buat sesuatu kebaikan, ada rasa puas. Apa jua selalu kata, nak cari redha Ilahi. Tak mengharapkan balasan apa-apa dari manusia, biarlah Allah saja yang balas. Benarkah begitu? Setiap kali duduk dan memikir, mendengar ceramah agama, membaca buku, baca blog orang lain, dengar radio, harapan hanya nak mengubah diri, nak jadi baik. Cukuplah hidup dalam kejahilan dan maksiat, secara sedar atau tidak, ingin benar nak berubah.
Tapi selagi banyak yang dipelajari, selagi banyak yang didengar, selagi banyak yang dibaca, selagi terasa jauh diri dari redha Allah, walaupun hati dan bibir selalu merasa yang perbuatan itu semuanya ikhlas. Padahal banyak kali baca macam-macam buku dan dengar macam-macam ceramah. Mengapa sukar mengubah dan menjernihkan hati.
Rupa-rupanya kalau kita merasa bahawa kita tak mengharap apa-apa balasan material dari orang cukuplah sekadar terimakasih, kita masih tidak juga bergantung dan mencari redha Allah semata-mata. Kalau dah buat sesuatu, orang buat tak tahu aje, jangan kata nak kata terima kasih, senyum pun tidak, kita terasa kecewa. Kalau benar mengharap hanya redha Allah lantaklah orang nak ucap terimakasih atau tidak, itu dia punya pasal yang penting kita dah buat yang patut. Begitu ceteknya fikiran ini, baca buku 'Jangan Bersedih'(La Tahzan-Dr Aidh Abdullah Al Qarni) tu entah berapa kali khatam tapi tak lekat kat hati. Bila dengar tazkirah zohor di radio IKim hari Isnin terasa, banyaknya aku melabur tapi mungkin satu pun tak menguntungkan. Menghabiskan masa, duit (tak banyak manapun)lepas tu, kalau orang yang kita tolong tu buat sesuatu yang mengecewakan kita, kita boleh ingat yang kita selalu tolong dia, kenapa dia sanggup buat kita macam tu? Alangkah ruginya, bila kita rasa kita betul-betul buat kerana Allah, tapi kita ungkit juga dalam hati walau tanpa suara- kita memang ada mengharap agar orang itu membalas juga dengan apa cara walaupun sekadar senyum.
Kita nasihat orang supaya jadi baik. Kita tahu puji-pujian hanya selayaknya untuk Allah, dan bahawa kita harus awas dengan ujian kerana boleh mendatangkan bangga diri dan sombong. Tapi bila orang puji kita, kita kata, alhamdulillah, dalam hati datang keseronokan yang payah nak explain, sepanjang hari kita gembira, kita lupa bahawa itu tandanya kita mengiktiraf yang kita ni hebat sehebat pujian tu. Nauzubillah! Kenapalah kita ni selalu sangat lalai dengan bisikan jahat dan godaan hawa nafsu.
Kita berzikir dalam hati, ingat Allah (konon) nampak rakan kita terangguk-angguk ikut rentak lagu rock, kita geleng kepala-apa yang terdetik kat hati kita ni? Masyaallah, apa nak jadi dengan diri ni? Selalu benar terlupa bahawa jika orang lain tahu apa yang diri kita dan Allah tahu tentang diri sendiri, ulat sampah tu pun lebih mulia di mata orang lain tu dari kita. Alangkah susahnya mendidik hati ini. Susah benar! Tak tergambar kalau ditakdirkan mati ngeri dalam kebakaran atau kemalangan pun apa jua keadaannya, (mati biasa pun siksa) bagaimana nak menghadapi siksaan neraka- diri ini berdosa.
Saturday, May 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment