Monday, May 18, 2009

Dewasakah kita sematang usia?

Umur hanyalah angka. Apalah ada pada usia. Itu selalu didengar dari mulut manusia ni. Kalau hati dah suka, peduli apa pada umur. Tak kiralah kalau bakal pasangan kita boleh jalan seiring dengan ayah kita dan bercakap cerita yang sama kerana mereka dari generasi yang sama atau kongsi resepi dengan emak kerana mereka biasa masak masakan tradisional macam masa kecil mereka. Age is just a figure. Ramai perempuan bahagia berkahwin dengan lelaki tua dan tak salah kalau lelaki lebih muda dari wanita, Rasulullah s.a.w pun paling kasih pada Khadijah r.a yang jauh lebih tua dari baginda.

Secara peribadi saya juga merasa tiada salahnya walaupun sedikit. Kalau lelaki muda 15 tahun pun apa salahnya. Yang penting, perempuan suka lelaki dan lelaki suka perempuan, itu naluri semulajadi, yang salah kalau lelaki suka lelaki dan perempuan suka perempuan. Bagilah alasan apapun memang salah. Samalah macam perempuan nak jadi pak imam, memang tak logik. Kalau pak imam perempuan uzur, susah la jemaahnya nak sembahyang berjemaah. Memang boleh ganti, tak susah jugak bila pak imam beranak, lama cuti tu, pak imam nak menyusu anak lagi. Kalau nak belajar pergerakan dalam sembahyang, nak tengok kedudukan anggota, pak imam nak buka telekong tunjuk ke? Entahlah!!

Apapun balik kepada umur dan usia. Memang benar sekali umur hanyalah gabungan angka sebab tak semestinya orang tua matang sematang angka pada usia. Ada orang tua yang walaupun kedut di kulitnya dah lebih banyak dari rambut atas kepala, tapi mentaliti budak belasan tahun. Tolak tepi yang dah nyanyuk. Itu juga penyakit yang merupakan ujian bagi yang tak nyanyuk- terutama anak-anak. Ada orang yang dah berumur lebih dari 40 tahun bercakap dan membangga diri tentang maksiat yang dibuat. Macam budak belasan tahun yang baru dapat kebebasan, nak cuba segala- zaman sekarang. Nak bercinta macam orang-orang muda (yang bukan tak beriman, tapi belum merasa nikmat iman), nak dating, nak bergayut kat talipon, nak berjumpa selalu. Kadang-kadang lebih teruk daripada yang muda, memalukan.

Kalau muda katalah muda- semangat tengah membara, hormon tengah berkembang, kalau dah berumur lebih dari 30 rasanya tak mudalah sangat. Dah patut boleh fikir panjang. Kalau tak sesuai dengan caranya ajak berjumpa dan keluar dia kata orang ni berfikiran kolot, sempit, tak menghargai usia yang ada??? Kerana menghargailah mungkin dia tak nak. Bila nampak orang berkawan dengan lelaki yang jauh lebih muda, sekadar berbincang tentang hal-hal kerja di khalayak ramai, dituduhnya, perempuan miang. Masyaallah. Kalau dia memang suka lelaki tu pun apa masalah dia? Lelaki yang baik, beriman, latar belakang agama, belajar di tempat yang mulia, boleh ajar mengaji dan yang pentingnya bujang! Kan Rasulullah s.a.w pernah kata (kita tak ingatla hadis riwayat siapa)- maksudnya lebih kurang macam ni- jika seorang perempuan bertemu dengan lelaki yang baik berkahwinlah dengan dia, walaupun dia dah beristeri!

Tapi bukan itu matlamat hidup ni kan. Bukankah jodoh pertemuan itu antara perkara-perkara yang hanya Allah saja yang tahu. Lagipun lelaki yang beriman, insyaalah, akan utamakan fikirannya (akal) dari perasaannya. Dia pun tak akan buat pilihan yang tak menguntungkan. Pasti dia akan fikir panjang bukan untuk dunia malah akhiratnya juga.
Minda sempit dan minda yang hebat jauh sekali bezanya. Mungkin langit dan bumi adalah jarak jauh yang selalu kita guna untuk menunjukkan jauhnya perbezaan.
Kalau dia nak kahwin pun apalah dia nak tengok perempuan tua sedangkan yang muda, cantik dan berakal budi, bersepah. Entah apa-apa tuduhan. Cubalah kembangkan minda dengan mendengar, membaca, melihat, ambil tahu-perkara-perkara yang berfaedah, yang baik, yang mendidik jiwa.

Bukanlah kita nak compare dengan zaman Rasulullah s.a.w. – macamana mudanya panglima Islam yang pergi berperang menegakkan agama. Sebab perjuangan berbeza tapi jihad kita berterusan sehingga kiamat. Kalau dah umur lebih dari 40 tapi nak pikat perempuan dengan ajak pergi tengok wayang, lepas tu bila orang tu tak nak, marah! Cakap macam-macam sampai bentuk muka, tubuh badan semua keluar. Apa hal lelaki macam ni? Memang tak dewasa langsung! Bukan kita kata perempuan yang tengok wayang jahat atau orang yang tengok wayang jahat. Tidak! Bukan itu maksud kita, dan tidaklah juga kita kata lelaki ini jahat atau tak beriman, sangat, jauh sekali. Tapi kita rasa perempuan tu rasa dia dah tua, dah semakin hampir ke hujung usia, apa pun perasaan dan keinginannya, dia pasti bercita-cita untuk bahagia. Dia pasti tak mahu buat silap secara sengaja, bila dia tahu dan pasti ada yang tak kena dan memang salah! Bukan bahagia dunia sahaja tapi akhirat. Dan insyaallah setakat bahagia dunia, rasanya dah bahagia dah dia sekarang, tak pernah dengar nak merungut pun.

Jika Allah takdirkan bahagia berganda dengan suasana berbeza, biarlah bahagia yang berkekalan, bukan dengan kereta, pangkat, wang ringgit dan harta dari seorang lelaki kaya sahaja. Dan kita percaya pada qada dan qadar, what is meant to be, will be. Dan hanya kerana dia bujang dia rasa ada advantage, mungkin dia lupa perasaan pun selalunya bukan kita yang menentukan pada siapa nak jatuh kasih, nak jatuh sayang, nak jatuh cinta. Memanglah perasaan pun boleh disemai dan dibajai, tapi pada tanah yang subur, udaranya tenang, sejuk, redup, mendamaikan dan cukup cahayanya. Kalau tanah kering, cuaca panas sentiasa, tak boleh meneduhkan, benih paling baik pun boleh mati kering!!!

Siapa tahu mungkin ada jodoh anda dengan dia tapi belajarlah jadi dewasa. Janganlah kerana dia menolak anda sekarang anda kata dia macam-macam. Tak baik tau.

2 comments:

  1. salam kak...saya mmg bercita2 nak ikut sunnah rasulullah nie...doakan saya ye....

    ReplyDelete
  2. Insyaallah, apa tengok umur, lihat peribadinya. Itu yang syaiyidatina Khadijah r.a tgk pada Rasulullah s.a.w.Apa pun Allah juga yang menentukan segalanya. Tiada milik kekal untuk kitakan, semuanya on loan basis ,so, apa pun berserahlah pada Allah. Tawakkal!

    ReplyDelete