Letihnya minggu ni. Sibuk entah apa-apa, urusan duniawi tetapi mengharap ganjaran untuk akhirat juga dari segala urusan. Sepanjang minggu lepas ke utara tanah air. Masih dalam negara yang maju dan canggih tapi tak ada phone coverage! Macam nak pecah mental. Begitulah teruknya pergantunggan pada talipon bimbit sebagai talian hayat menghubung silaturrahim dengan ahli keluarga. Macam tak percaya pada doa sendiri, hati tetap juga berkata-kata dan tertanya-tanya bagaimana mereka yang ditinggalkan.
Dahlah tak ada line, keadaan sekeliling mendatangkan keresahan jiwa. Terasa dapat memahami bagaimana keadaan orang yang kena torture secara berterusan walaupun tiada sesiapa buat macam tu. Bila ada sesuatu yang kita tak suka, sehari dua melihat rasanya boleh terima lagi. selepas hari ketiga dan seterusnya, melihat benda yang sama mendatangkan semacam perasaan yang tak dapat digambarkan.
Lalu diri menilai sendiri, lemahnya iman ini.Mudahnya berkat-kata dan menasihati tetapi apabila berdepan dengan sesuatu keadaan, diri sendiri mula meragui kemampuan diri. Disangka mudah rupanya amat payah. Aduhai, sungguh kurang selesa walaupun sepatutnya tempat yang sunyi, tenteram dan jauh dari kesibukan kota seharusnya mendatangkan damai dalam diri itulah irony hidup ni.
Dan amat benar sekali jika kita nak mengenali teman pergilah bermusafir dengannya beberapa malam!Entahlah,atau diri terlalu sensitif dalam keadaan serba kekurangan. Jauh sekali rasanya untuk tidak bersyukur dengan segala nikmat, tapi hati kadang-kadang merasa hampa apabila terasa betapa tak beharga diri pada orang-orang yang kita anggap sebagai sahabat.
Selepas beberapa hari, merenung dan memikir, salahnya pada diri sendiri juga. Mengapa terlalu mengharap pada sesama manusia kerana pergantungan yang selain dari Allah pasti ada kelemahannya walau bagaimana hebatnya seseorang itu. Kerana manusia tidak sempurna. Apalah lebihnya pada diri sendiri yang merungut tapi masih senyum pada kawan -hipokrit! Ya Allah jauhi kami dari sifat munafik.
Apapun ada sesuatu perasaan yang aneh ketika berada di sana. Ingatan terhadap seseorang yang tak mahu diingat tapi itu jua yang datang. Boleh kata setiap hari sehingga termimpi. Peningnya kepala. Tak pernah minta perasaan begini, mungkin itulah yang namanya fitrah. Adakah dia juga mengingatiku begitu? Bila fikir semula, mudahnya kita ni jadi keliru dan tak tenteram hanya kerana suasana sekeliling kurang kita senangi. Andai saja ingatan bahawa mati itu boleh datang bila-bila masa dan di mana saja, pasti telah kutinggalkan segalanya dan pergi dari sana.
Namun sebenarnya kita hanya insan kerdil yang terlalu lemah dan tidak punyai apa-apa kekuatan untuk mengawal emosi dan perasaan sama macam hati ini. Hanya letaknya dalam dada kita tapi ada Zat yang Maha Hebat mengawal dan menentukan apa yang ada di dalamnya. Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkan kami dalam iman dan jangan matikan kami melainkan dalam Islam dan dalam beriman kepada MU.
Dan Dia jualah Yang Maha Tahu betapa damainya perasaan ini ketika melihat jalan pulang, bandaraya yang sebok dan banyak pencemaran ini seperti sebuah taman indah yang begitu dirindu. Anehnya perasaan!
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment