Saturday, May 16, 2009

Benarkah Ikhlas?

Bila tak tahu bertanya, bila tak faham baca lagi. Bila ragu-ragu, tawakkal. Bila ada lebih terasa ingin nak memberi. Bila dapat apa-apa yang baik terasa nak berkongsi. Bila ada kelapangan, cuba cari maklumat, hatta maklumat yang apa-apa entah. Alasannya nak tahu, nak tambah ilmu.

Seringkali hati rasa bahagia bila dah buat sesuatu kebaikan, ada rasa puas. Apa jua selalu kata, nak cari redha Ilahi. Tak mengharapkan balasan apa-apa dari manusia, biarlah Allah saja yang balas. Benarkah begitu? Setiap kali duduk dan memikir, mendengar ceramah agama, membaca buku, baca blog orang lain, dengar radio, harapan hanya nak mengubah diri, nak jadi baik. Cukuplah hidup dalam kejahilan dan maksiat, secara sedar atau tidak, ingin benar nak berubah.

Tapi selagi banyak yang dipelajari, selagi banyak yang didengar, selagi banyak yang dibaca, selagi terasa jauh diri dari redha Allah, walaupun hati dan bibir selalu merasa yang perbuatan itu semuanya ikhlas. Padahal banyak kali baca macam-macam buku dan dengar macam-macam ceramah. Mengapa sukar mengubah dan menjernihkan hati.

Rupa-rupanya kalau kita merasa bahawa kita tak mengharap apa-apa balasan material dari orang cukuplah sekadar terimakasih, kita masih tidak juga bergantung dan mencari redha Allah semata-mata. Kalau dah buat sesuatu, orang buat tak tahu aje, jangan kata nak kata terima kasih, senyum pun tidak, kita terasa kecewa. Kalau benar mengharap hanya redha Allah lantaklah orang nak ucap terimakasih atau tidak, itu dia punya pasal yang penting kita dah buat yang patut. Begitu ceteknya fikiran ini, baca buku 'Jangan Bersedih'(La Tahzan-Dr Aidh Abdullah Al Qarni) tu entah berapa kali khatam tapi tak lekat kat hati. Bila dengar tazkirah zohor di radio IKim hari Isnin terasa, banyaknya aku melabur tapi mungkin satu pun tak menguntungkan. Menghabiskan masa, duit (tak banyak manapun)lepas tu, kalau orang yang kita tolong tu buat sesuatu yang mengecewakan kita, kita boleh ingat yang kita selalu tolong dia, kenapa dia sanggup buat kita macam tu? Alangkah ruginya, bila kita rasa kita betul-betul buat kerana Allah, tapi kita ungkit juga dalam hati walau tanpa suara- kita memang ada mengharap agar orang itu membalas juga dengan apa cara walaupun sekadar senyum.

Kita nasihat orang supaya jadi baik. Kita tahu puji-pujian hanya selayaknya untuk Allah, dan bahawa kita harus awas dengan ujian kerana boleh mendatangkan bangga diri dan sombong. Tapi bila orang puji kita, kita kata, alhamdulillah, dalam hati datang keseronokan yang payah nak explain, sepanjang hari kita gembira, kita lupa bahawa itu tandanya kita mengiktiraf yang kita ni hebat sehebat pujian tu. Nauzubillah! Kenapalah kita ni selalu sangat lalai dengan bisikan jahat dan godaan hawa nafsu.

Kita berzikir dalam hati, ingat Allah (konon) nampak rakan kita terangguk-angguk ikut rentak lagu rock, kita geleng kepala-apa yang terdetik kat hati kita ni? Masyaallah, apa nak jadi dengan diri ni? Selalu benar terlupa bahawa jika orang lain tahu apa yang diri kita dan Allah tahu tentang diri sendiri, ulat sampah tu pun lebih mulia di mata orang lain tu dari kita. Alangkah susahnya mendidik hati ini. Susah benar! Tak tergambar kalau ditakdirkan mati ngeri dalam kebakaran atau kemalangan pun apa jua keadaannya, (mati biasa pun siksa) bagaimana nak menghadapi siksaan neraka- diri ini berdosa.

Story to live by

A dear friend forwarded this to my email- and at the bottom it was written that it is too beautiful not to share. So, here it is. I am sure we will learn a lot after reading this entry!

There was a blind girl who hated herself because she was blind. She hated everyone, except her loving boyfriend. He was always
there for her. She told her boyfriend, 'If I could only see
the world, I will marry you.'
One day,
someone donated a pair of eyes to her. When the bandages
came off, she was able to see everything, including her
boyfriend.. He asked her, 'Now that you can see the world, will you marry me?' The girl looked at her boyfriend and saw that he was blind. The sight of his closed eyelids shocked her. She hadn't expected
that. The thought of looking at them the rest of her life
led her to refuse to marry him.
Her boyfriend left in tears and days later wrote a note to her
saying: 'Take good care of your eyes, my dear, for before
they were yours, they were mine.'

This is how the human brain often works when our status changes.
Only a very few remember what life was like before, and who
was always by their side in the most painful situations.

Life Is a Gift
Today
before you say an unkind word - Think of someone who can't speak.
Before
you complain about the taste of your food - Think of someone
who has nothing to eat.
Before
you complain about your husband or wife - Think of someone
who's crying out to GOD for a companion.
Today
before you complain about life - Think of someone who died
too early on this earth.
Before
you complain about your children - Think of someone who
desires children but they're barren.
Before
you argue about your dirty house someone didn't clean or
sweep - Think of the people who are living in the streets.
Before
whining about the distance you drive Think of someone who
walks the same distance with their feet.
And when
you are tired and complain about your job - Think of the
unemployed, the disabled, and those who wish they had your
job..

But
before you think of pointing the finger or condemning
another - Remember that not one of us is without sin.

And when
depressing thoughts seem to get you down - Put a smile on
your face and think: you're alive and still
around.

I PRAY
THIS MOVES AROUND
THE ENTIRE UNIVERSE...

Too beautiful not to share.......

Guru oh guru!

Hari ini adalah hari mengenang jasa-jasa guru. Memang sesuatu yang baik kerana agama juga mengajarkan kita supaya sentiasa bersyukur dan menghargai segala kebaikan orang kepada kita. Segalanya dari Allah melalui lidah, hati dan akal guru yang mulia dan dimuliakan.

Wahai guru-guruku, semoga Allah memberkati anda semua atas segala ilmu yang telah kalian ajar secara formal atau tidak. Kerana insan biasa seperti kita tak mungkin akan tahu segala perkara. Apa saja yang kita pelajari, dari sesiapapun sebenarnya adalah ilmu dari seorang guru. (tak semestinya guru itu ada kertas yang mengiktirafnya sebagai guru).
Dan semoga segala pengetahuan itu mendapat berkat dari Allah Subhanahuwataala.

Apa juga kebaikan yang guru telah lakukan insyaallah dibalas dengan kebaikan juga. Kerana berapa banyak kita cuba bayar kebaikan dan segala ilmu, tak mungkin dapat kita nilaikan dengan wang ringgit. Samalah juga dengan apa yang emak dan ayah ajar kita di awal usia, guru kita yang asas dan pertama- itulah emak dan ayah.

Berbalik zaman persekolahan, kadang-kadang ada cikgu yang kita tak akan lupa sampai bila-bila pun, walaupun setelah berpuluh tahun meninggalkan alam persekolahan, rendah dan menengah namun ada juga cikgu yang kita tak ingat, entah kenapa. Apa pun benarlah kata Sasterawan Negara , Usman Awang dalam sajaknya Guru oh guru (1979) – tak perlu penjelasan apa-apa!

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia menjadi dewasa

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan keringat
Pemimpin ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa
Jika hari ini seorang raja menaiki tahta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca

Dimana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangungan tua sekolah di Hulu Terengganu
Dia adalah guru yang mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin beerti tugasnya kepada negara

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu guruku
Budi yang diapungkan didulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan keakhir hayat.

Wednesday, May 13, 2009

CCTV

Hari ni teringat cerita seorang rakan sekerja yang telah bertukar, tentang memasang cctv di rumahnya untuk mengawasi segala perbuatan pembantu rumahnya semasa dia pergi kerja. Ketika dia bercerita dia sedang mengandung anak kedua dan anak pertama berumur setahun setengah ditinggalkan di rumah dengan pembantu warga asing ini.
Katanya, dia akan selalu ingatkan pembantunya untuk pergi sembahyang kerana pembantu itu muslim (dia bukan!). Dan banyak sangatlah cerita tentang kelemahan dan ketidakpuasan hati kepada pembantunya itu. Selalunya, kami yang mendengar hanya diam sahaja sebab pernah ada yang menasihati supaya lebih banyak bertolak ansur dan melayan pembantu itu dengan baik tapi banyaklah jawapannya juga. Dan pernah sekali anaknya jatuh dari kerusi, dia check cctv, dan banyaklah ceritanya.

Apa pun, berbalik kepada kita. Andaikata kita tau ada cctv yang merakam segala tingkahlaku, perbuatan dan perangai kita rasanya sudah pasti kita akan jaga betul-betul agar tiada apa rakaman yang akan menyebabkan kita ditimpa masalah dan kesusahan. Tapi kita jarang nampak pulak pejabat-pejabat yang memasang cctv untuk merakamkan segala kegiatan pekerjanya. Kalau ada pun selalunya adalah untuk tujuan keselamatan tak kiralah apa bentuk keselamatan pun. Di pintu-pintu masuk atau keluar, kawasan parking kereta yang agak terpencil, bank, kedai-kedai emas, banyak lagi tempat selalunya memang untuk tujuan keselamatan.

Itulah kita. Sifat manusia yang sentiasa takut dengan bahaya-bahaya yang berbagai-bagai bentuknya di dunia ini. Berjaga-jaga betul kita. Tapi kita selalu lupa bahawa sebenarnya kita memang dirakamkan setiap detik, waktu dan ketika di mana sahaja. Dan kita lupa akan bahaya yang menanti kita jauh lebih besar dan menggerunkan. Kita selalu lupa bahawa selain pengikut setia di kanan dan kiri kita yang merakam dan mencatat segala, ada Zat Maha Agung yang Maha Mengawasi dan Maha Mengetahui apa segala hatta apa yang terlintas di hati sekali pun. Diri kita ni seperti makhluk yang dibuat dari kaca jernih yang dilihat keseluruhannya luar dan dalam- tiada yang tersembunyi. Dan kita juga lupa bahawa bila kita kata kita beriman seharusnya kita memiliki akhlak. Dan Rasullullah s.a.w pernah berkata ‘tidak sempurna akhlak tanpa rasa malu’.

Mengapa kita merasa kita ni pemalu hanya kerana kita segan nak jumpa orang, nak bercakap, nak tambah nasi dalam jamuan buffet, bila saat dan ketika bersendiri kita buat segala macam perkara. Kita tak pernah rasa malu bahawa Allah melihat kita, Malaikat di kanan dan kiri merakamkan segala perbuatan kita. Kita selalu jaga penampilan di luar, jangan sampai orang kata kita tak tau sesuaikan diri dalam majlis, cara makan, macam mana nak pegang sudu garpu, bila dah makan letak macam mana, warna baju dan fesyen sesuai ke tak dengan keadaan, sebab nanti orang akan mengata kita akan malu. Bila dalam lingkungan sendiri atau sendirian kita buat macam-macam hanya kerana tiada orang lain yang melihat. Alangkah tak malunya kita!

Jika saja kita ingat bahawa kalau saja nanti layar besar di rentang dan dipasangkan kemudian segala lakonan hidup kita di pentas dunia ini akan dipasangkan dan dipertontonkan kepada segala umat manusia bukan dari zaman kita sahaja malahan segala zaman yang ada, umat dari semua rasul dan nabi-nabi mana kita nak letak muka kita agaknya? Tapi Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani akan tutup aib kita selagi keaiban itu hanya apa yang “dibenarkan dalam lingkungan yang tertentu sahaja”! Bagaimana dengan segala apa yang kita tahu salah tapi kita buat juga, apa yang kita nak kata? Kat mana suis yang boleh kita tekan untuk padamkan atau rosakkan segala rakaman yang telah direkodkan itu?

Ya Allah, tutupilah segala aib kami, lindungi kami dari fitnah dan kejahatan dunia dan akhirat, fitnah dan kejahatan makhluk, fitnah dan kejahatan hawa nafsu dan bisikan syaitan yang sentiasa merosakkan! Amin ya rabbal alamin!

Monday, May 11, 2009

Alahai Hati!

Letihnya minggu ni. Sibuk entah apa-apa, urusan duniawi tetapi mengharap ganjaran untuk akhirat juga dari segala urusan. Sepanjang minggu lepas ke utara tanah air. Masih dalam negara yang maju dan canggih tapi tak ada phone coverage! Macam nak pecah mental. Begitulah teruknya pergantunggan pada talipon bimbit sebagai talian hayat menghubung silaturrahim dengan ahli keluarga. Macam tak percaya pada doa sendiri, hati tetap juga berkata-kata dan tertanya-tanya bagaimana mereka yang ditinggalkan.

Dahlah tak ada line, keadaan sekeliling mendatangkan keresahan jiwa. Terasa dapat memahami bagaimana keadaan orang yang kena torture secara berterusan walaupun tiada sesiapa buat macam tu. Bila ada sesuatu yang kita tak suka, sehari dua melihat rasanya boleh terima lagi. selepas hari ketiga dan seterusnya, melihat benda yang sama mendatangkan semacam perasaan yang tak dapat digambarkan.

Lalu diri menilai sendiri, lemahnya iman ini.Mudahnya berkat-kata dan menasihati tetapi apabila berdepan dengan sesuatu keadaan, diri sendiri mula meragui kemampuan diri. Disangka mudah rupanya amat payah. Aduhai, sungguh kurang selesa walaupun sepatutnya tempat yang sunyi, tenteram dan jauh dari kesibukan kota seharusnya mendatangkan damai dalam diri itulah irony hidup ni.

Dan amat benar sekali jika kita nak mengenali teman pergilah bermusafir dengannya beberapa malam!Entahlah,atau diri terlalu sensitif dalam keadaan serba kekurangan. Jauh sekali rasanya untuk tidak bersyukur dengan segala nikmat, tapi hati kadang-kadang merasa hampa apabila terasa betapa tak beharga diri pada orang-orang yang kita anggap sebagai sahabat.

Selepas beberapa hari, merenung dan memikir, salahnya pada diri sendiri juga. Mengapa terlalu mengharap pada sesama manusia kerana pergantungan yang selain dari Allah pasti ada kelemahannya walau bagaimana hebatnya seseorang itu. Kerana manusia tidak sempurna. Apalah lebihnya pada diri sendiri yang merungut tapi masih senyum pada kawan -hipokrit! Ya Allah jauhi kami dari sifat munafik.

Apapun ada sesuatu perasaan yang aneh ketika berada di sana. Ingatan terhadap seseorang yang tak mahu diingat tapi itu jua yang datang. Boleh kata setiap hari sehingga termimpi. Peningnya kepala. Tak pernah minta perasaan begini, mungkin itulah yang namanya fitrah. Adakah dia juga mengingatiku begitu? Bila fikir semula, mudahnya kita ni jadi keliru dan tak tenteram hanya kerana suasana sekeliling kurang kita senangi. Andai saja ingatan bahawa mati itu boleh datang bila-bila masa dan di mana saja, pasti telah kutinggalkan segalanya dan pergi dari sana.

Namun sebenarnya kita hanya insan kerdil yang terlalu lemah dan tidak punyai apa-apa kekuatan untuk mengawal emosi dan perasaan sama macam hati ini. Hanya letaknya dalam dada kita tapi ada Zat yang Maha Hebat mengawal dan menentukan apa yang ada di dalamnya. Wahai Yang membolak-balikkan hati, tetapkan kami dalam iman dan jangan matikan kami melainkan dalam Islam dan dalam beriman kepada MU.

Dan Dia jualah Yang Maha Tahu betapa damainya perasaan ini ketika melihat jalan pulang, bandaraya yang sebok dan banyak pencemaran ini seperti sebuah taman indah yang begitu dirindu. Anehnya perasaan!

Sunday, May 3, 2009

lagi tentang haiwan

Cerita-cerita tentang haiwan babi ni teringat pulak tentang seekor haiwan yang halal iaitu lembu. Lembu ni binatang yang hebat kerana banyak sekali manfaatnya. Boleh buat tarik kenderaan, buat bajak sawah, bajak ladang. Dagingnya kita makan, susunya kita boleh minum, buat mentega, buat keju, minyak sapi. Kulitnya boleh buat beg, kasut dan tahi lembu boleh di manfaatkan dengan begitu banyak cara sekali kerana ia merupakan satu sumber tenaga sebagai bahan bakar, boleh buat baja dan macam-macam lagi.

Lembu ni makan rumput sahaja, itu saja makanan lembu. Tapi kemudiannya ia membekalkan kita protein, kalsium, dan macam-macam zat makanan. Hebat sungguh. Tapi kita tak boleh pulak hidup dengan makan rumput semata-matakan? Sebab lembu memang tercipta sedemikian, boleh proses rumput dalam perutnya dan kemudian jadi daging, jadi susu,macam-macam yang baik. Kejadian manusia dan lembu memang jauh berbeza. Tak ada pulak diceritakan bagaimana mula asal kejadian lembu, tapi asal kejadian manusia ada di sebut dalam Al-Quran, kitab mukjizat Allah.

Apapun kita kena juga bersyukur dengan wujudnya lembu dan apa jua binatang yang Allah cipta untuk manusia. Teringat pulak kisah di zaman nabi Musa a.s, ketika beliau tinggalkan umatnya dengan Nabi Harun a.s. Nabi Musa a.s. ke Gunung Tursina untuk menerima perintah Allah dan kitab Taurat. Adala satu orang bernama samiri membuat patung anak lembu yang boleh mengeluarkan suara lalu dijadikan sembahan bani israel yang memang degil-degil tu. Sekarang pun ada yang bertuhan dengan lembu ni, entahlah. Tapi lembu ni boleh dicucuk hidungnya dan tarik ke hulu-hilir, boleh di kandang, dikurung, disembelih, jarang melawan. Yang garang pun lembu yang digunakan dalam rodeo kat negara-negara amerika latin, bahan hiburan.

Tapi lembu-lembu ni tak dapat pun buat apa-apa untuk menghalang manusia buat apa saja kat mereka, lembu gila, yang berpenyakit, itu pun di hapuskan dengan mudah oleh manusia juga. Bukan apa, teringat tentang manusia yang Allah muliakan walau asal kejadiannya tidaklah dari bahan yang mulia – tetapi sendiri pulak membuat perkara-perkara yang menghinakan.
Wallahualam.

Friday, May 1, 2009

Kalaudah Najis Mughallazah

Pig, boar, hog, swine they are all related and can be used to described one another. And these words are also used not only to describe the animal but human with certain characteristic and behaviour.

In the Al-Quran, God reminded us the danger or pigs and to avoid consuming the animals four times. For the Muslims, the animal is a big “NO”, sinful and extremely harmful. Orang Melayu kat Malaysia ni, especially, memang jelas akan sensitiviti babi ni walaupun ramai tokeh dah kaya hasil perniagaan babi. Dulu pun pernah heboh jugak Melayu kaya dengan bisnes babi ni.

Selepas JE, babi muncul lagi menggemparkan dunia dengan virus barunya yang membunuh dalam masa seminggu kalau tidak dirawati dengan segera. Kalau dapat rawatan pun belum pasti sembuh. Aneh juga kalau nak kata manusia tak tau bahawa babi ni memang bahaya sebab banyak buku dan kajian yang dijalankan oleh saintis bukan Islam pun jelas mengesahkan bahawa haiwan babi ini umpama kilang yang mengeluarkan berbagai-bagai jenis kuman dan virus yang berbahaya. Dan kerana cara hidup dan pemakanan babi yang kotor, tubuhnya mudah dijangkiti tetapi virus yang menyerangnya akan menjadi bertambah kuat di dalam badan babi dan bertukar lebih bahaya jika terkena pada haiwan lain atau pun manusia.

Dulu suatu ketika pun pernah dengar ceramah seorang ustaz terkenal tentang sifat songsang babi ni. Di ladang babi yang diternak katanya, babi ni memang perangainya terbalik. Kalau nak suruh jalan ke depan untuk naik ke dalam lori yang mengangkutnya, kenalah tarik ekornya ke belakang baru dia lari ke depan kalau kita tolak, tak mahu bergerak babi tu. Wallahualam. Dan babi ni, tak ada leherkan? Badannya bersambung terus ke kepala – pun ada sebabnya.

Apa pun yang pasti itu adalah tanda kehebatan penciptaan juga. Maha Hebat Allah. Segala kajian yang dibuat tentang perkara-perkara yang Allah haramkan sebagaimana yang disebut dalam Al-Quran dan melalui hadis Rasulullah s.a.w. segalanya jelas benar dan hasilnya memang menyokong larangan agama. Tapi ramai manusia yang sifat songsangkan, macam binatang terlarang jugak.

Ya Allah, lindungi dan selamatkan kami dari ancaman penyakit ini, amin!