Monday, March 14, 2011

Daging mu, dagingku

Hari-hari makan daging patutlah badan banyak penyakit. Walaupun waktu sarapan makan nasi lemak, mee goring, roti canai, lauk daging mesti ada. Tengahari tak kira makanan barat ke, makan nasi ke, apa jua lauk, ulam, gulai, ikan, udang masih juga makan daging. Minum petang, makan malam apa saja mesti makan daging. Waktu tak makan pun makan daging. Entah bila nak berhenti makan daging ni agaknya.
Sedap benar makan daging……. Daging saudara kita. Mengumpat!!!! Kita bukan kata orang lain sahaja sebab kadang-kadang kita pun terjebak sama sampai kadang-kadang kita terfikir kalau baca suratkabar yang kerjanya menceritakan tentang hal artis dan orang terkemuka macam makan daging pekasam… busuk tapi telan dan kunyah juga.
Bila kah agaknya kita mampu melawan dan menyuruh orang berhenti cerita kisah orang lain yang memang kita tau tuan punya badan tak seronok nak dengar. Sanggup ke kita cakap kat kawan-kawan kita yang tengah rancak makan daging ni supaya berhenti. Bagaimana ye? Ataupun sanggup ke kita sendiri kata macam ni…
“ Ala tak baik tau cerita hal orang. Apa kata korang cakap pasal aku…apa-apa je yang korang nak cakap. Aku boleh dengar sekali jadi tak ada la mengumpat. Kalau tak benar, aku boleh betulkan supaya tiada pula menjadi fitnah! Ataupun cerita aku tak menarik, cerita kisah diri engkau je la….”
Sanggup ke kita buat macam tu? Sanggup ke kita mendengar orang cerita kisah diri kita yang kita tak seronok dengar walaupun dengan kehadiran kita apatah lagi kalau kita tak ada kemudian orang cerita dan semua orang dah tahu bila kita sedar kisah kita di jajakan.
Sebab apa orang suka sangat cerita hal orang? Sebab dia rasa diri dia lebih baik daripada orang lain. Dia rasa dia tak buat salah, hanya orang lain sahaja yang buat salah dan kesalahan orang tu sangat dahsyat dan teruk mesti beritahu kepada orang lain. Entahlah, kita pun tak tahu. Tapi ada kala kita rasa macam terperangkap dan tak mampu lari dari kelompok kanibal yang makan daging ni. Kita tak rasa nak makan daging tib-tiba je dia bawak jamuan daging. Adakala kita ingatkan jangan makan daging, dia pergi jumpa orang lain, daging kita pulak dimakannya.
Lepas tu kita kadang-kadang geram dengan orang, kita pun makan daging mereka. Eeee… kita rasa tak enak perut memikirkan…. Macamana nak suruh orang berhenti makan daging ni…macamana nak berhenti makan daging orang, macamana tak nak bagi orang makan daging kita…..macamana????
Memang ada ketika kita dibenarkan bercerita tentang orang lain dalam hal-hal yang menuntut kebenaran dan keadilan kepada orang yang dibolehkan kita menceritakan. Tapi banyak masa kita tak buat macam tu…

No comments:

Post a Comment