Tuesday, March 15, 2011

Bersimpatilah

Kita mengikuti perkembangan bencana kiamat kecil di Jepun, Negara dengan teknologi tercanggih menangani gempa bumi. Jepun yang begitu maju dan sangat hebat dengan teknologi dan sikap dan peribadi rakyat yang mengamalkan cara hidup yang terpuji di uji dengan gempa bumi tahap 9. Namun sikap orang Jepun yang bukan beragama Islam kecuali sebilangan kecil, sangat mengagumkan.
Apa yang mengecewakan adalah sikap orang Islam lain yang menyaksikan bencana ini dari jauh termasuk orang-orang di Malaysia. Bila difikirkan semula mungkin ini juga sebab mengapa sukar berdakwah dan menarik orang Jepun menganut Islam kecuali yang hidayah datang terus daripada Allah, (memanglah hidayah itu Allah yang beri tetapi bukankah kita diperintahkan berdakwah, menyebarkan agama sebagaimana Allah mengutus Rasulullah s.a.w. untuk berdakwah) sebab orang Jepun mempunyai dan mengamalkan akhlak yang lebih mulia daripada orang Islam sendiri. Orang Jepun memang terkenal dengan sifat menepati masa, berintegriti, amanah, sanggup bertanggungjawab dan macam-macam sifat baik, sebagaimana kita mendengar dan membaca akhlak Nabi s.a.w junjungan kita.
Berbalik kepada kiamat kecil di Jepun, kita membaca komen-komen dan ulasan yang tidak sensitif, lakaran kartun yang menunjukkan sifat menggelakkan kesusahan orang lain, kebimbangan tentang kerugian bagi yang berkepentingan dan sebagainya. Mana sifat prihatin kita, doa dan timbangrasa kita? Apakah orang kaya dan orang senang tidak akan merasa sakit dan sedih jika ditimpa malapetaka? Mana sifat mulia kita sebagai manusia?
Memang Jepun boleh bangkit jika Allah mengizinkan sebagaimana selepas Perang Dunia Kedua, memang itu harus kita contohi dan kagumi. Memang masalah di Jepun akan menjejaskan dunia secara lansung dan tidak lansung tetapi kita di ajar mendoakan terbaik dan ingatlah tiada apa kuasa yang dapat mengatasi kuasa Allah.
Jomla kita ambil ikhtibar bahawa Allah yang lebih berkuasa dan bukan hak kita menpersendakan kesusahan orang lain. Berdoalah semoga kita tak ditimpa bencana sebegitu rupa dan doakan untuk manusia sejagat ini kecuali orang yang terang-terangan menindas kita. Semoga lebih ramai orang yang di timpa bala bencana mendapat hidayah Allah daripada kesusahan dan ujian yang Allah berikan.
Bayangkan kalau orang Jepun sakit hati dengan kita di tarik segala pelaburan, ditutup segala kilang, bolehkah cicakman ke, keluang man ke, roh badang datang selamatkan kita….. Kalau kita mengambil kira segala faktor persekitaran, memikirkan tempat yang paling selamat di atas bumi ini pun, pastikah kita Allah tak akan menguji kita dengan bencana alam lain? Ingatlah bahawa Allah yang berkuasa, jangan mempersendakan orang Jepun kerana teknologi dan pembangunan mereka. Sekarang gunung berapi di Kyusu mulai aktif, Jepun mungkin akan mengalami bencana lagi….

No comments:

Post a Comment