Kata orang love makes the world go round….ye ke? Ada orang lain kata dunia seakan berhenti berputar kerana putus cinta. Betul lah agaknya…cinta itu membuat dunia berputar bagi orang yang sedang bercinta. Walaupun Tuhan memang telah ciptakan dunia ni berputar dalam pergerakannya mengelilingi matahari dan mungkin dengan sifat kasih sayang dan cinta Allah yang maha hebat itu bumi diputarkan untuk memberi dan memenuhi segala keperluan makhluk. Cinta Pencipta!
Cinta itu meletihkan kata orang lain pula. Kita dengar satu lagu korea yang melodinya enak didengar bila di terjemahkan…..love is exhausting….kesian pulak rasanya. Ada pula menulis tentang cinta dalam berbagai-bagai perasa; masam, manis, pahit, ada yang melambangkan cinta dengan berbagai metafora…cinta itu udara yang di hirup….cinta itu matahari yang menyinari, cinta itu hujan yang menyuburkan bumi…..
Ahhh…cinta! Cinta kedengaran dimana-mana. Bukan sahaja cinta sesama manusia; cinta kekasih, cinta monyet, cinta separuh nyawa, cinta buta, cinta abadi…..cinta, cinta, cinta…… ada juga cinta Negara, cinta raja,cinta bangsa, cinta budaya, cinta bahasa, cinta sejarah, cinta keamanan, …..segala macam cinta dunia dan cinta kepada Allah, cinta agama…..cinta akhirat.
Kata orang hidup tanpa cinta umpama dunia tanpa udara…membawa mati. Kata orang lagi cinta setia membawa ke syurga. Kata orang cinta abadi anugerah tertinggi. Ye ke? Kadangkala kita pun merasa ingin cinta dan di cinta. Tapi apa penilaian kita tentang cinta ye? Adakah cinta itu digambarkan dengan kata-kata, tingkahlaku, pandangan, ingatan, hadiah, puji-pujian? Benarkah penilaian kita tentang cinta? Bagaimana pula kita pamerkan cinta itu? Betulkah tindakan kita atas dasar cinta?
Aduhai….manisnya cinta kalau merasa bahagia dan pahitkah cinta bila sengsara? Adakah kita marah kerana cinta, kita merajuk kerana cinta, kita menegur kerana cinta? Adakah diam kita kerana cinta, bersuara juga kerana cinta? Bilakah kita berbelanja kerana cinta, berjimat untuk cinta,melabur kerana cinta, menabung untuk cinta? Siapa yang kita cinta, untuk apa kita bercinta, bila kita bercinta, dimana kita bercinta?
Ooooh……kita rasa perlu cinta…….ye ke?
Monday, July 4, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment