Kata orang kalau kita ada kawan yang baik, itu adalah anugerah yang amat hebat. Kata orang lagi berkawan lah dengan seramai orang yang boleh sebab kawan itu sangat penting, seribu kawan tak cukup sedangkan musuh satu pun sudah terlalu banyak. Kata orang lagi kawan yang yang baik lebih bernilai daripada emas dan wang ringgit. Kata orang kalau kita susah kawan yang baik tak akan membiarkan kita terus susah. Ye ke?
Macamana dengan orang yang kita anggap sebagai kawan dan mengaku dia kawan kita tapi dia tikam kita dari belakang? Kata orang, “who needs an enemy if you have a friend like that?”Kata orang yang paling mulia di atas dunia Nabi kita s.a.w. kalau kawan kita mencampur dan menjual minyak wangi kita pun wangi, kalau berkawan dengan tukang besi…zaman sekarang welding sana welding sini, baju kita mesti ada lobang-lobang kena percikan api (wallahualam).. tapi kalau masa mula-mula berkawan dia jual minyak wangi lepas tu dia tukar pulak jadi tukang besi…apa kita nak buat?
Ada lagi yang orang kata…kawan makan kawan. Kawan ni mungkin jenis karnibal suka makan daging manusia…. Isyk, isyk, isyk…kita suka makan keropok. Apa pun a friend in need is a friend indeed. Ye ke macam tu? Macamana dengan kawan yang cari kita masa dia susah je…kita jadi a friend indeed tapi masa kita susah dia hilang lesap kita jadi a friend in need…alamak!
Kawan-kawan kita ada berbagai personality kan? Tapi bagaimana kita nak memilih kawan? Bukan senang kan? Sebab ada kalanya manusia ni sangat pandai berlakon dan berpura-pura. Baik dan mulia di depan kita. bak kata orang-orang dulu….telunjuk lurus kelingking berkait….Betul ke penggunaan ini? Entahlah. Kita tengok drama-drama di tv, banyak digambarkan perangai hipokrit macam ni. Kita terasa macam kita pun mempunyai bukan kawan tapi kenalan yang macam tu. Dia kata dia kawan kita dan kita dulu anggap dia kawan tapi sekarang biarlah kita kita dia sekadar kenalan sahaja. Tapi walau hati kita terluka kita berterima kasih sebab kerana dia kita dipanggil ketua. Ditanya apa berlaku, di nasihati.
Kita terfikir apa jenis kawan yang kita nak jadi dan apa jenis kawan yang kita perlukan? Dulu banyak perkara yang kita hadapi bila mengetuai sesuatu kumpulan dan banyak kelemahan malahan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan kita. sebagai ketua kita diamkan sahaja, sekadar bercakap secara berlapik menasihati kerana menganggap mereka kawan kita. Sebenarnya kita “mungkin” kawan yang baik tetapi ketua yang lemah. Tapi bila kita berada dalam kumpulan lain diketuai orang yang mengaku dia kawan kita, tanpa tanya kita, terus mengadu kepada bos kita. Kalau menyuruh memang macam askar beri arahan, talipon kita, dengan nada keras dan garang tapi kata dia tahu dan memahami masalah kita.
Kita tahu mana mungkin kita betul semua….laaa…kita pun orang! Bukan malaikat atau robot. Pasti buat salah. Tapi kita berdoa semoga Allah ampunkan kita dan kita bersyukur Allah tunjukkan kita siapa yang boleh kita percaya dan siapa yang harus kita hindari. Semoga kita tak buat perkara yang mendatang kemurkaan Allah dan menyebabkan kita terhumban ke neraka yang dalam…nauzubillah! Kita mohon ampun.
Apapun kata orang dulu-dulu….muka berpandangan budi kedapatan….bila telah lama kenal, kenallah kita peraangai dan hati budinya…iye ke maksudnya ni? Entahlah. Tapi kita tak mahu berlaku tidak adil. Orang-orang yang telah buat kebaikan kepada kita pasti akan kita kenang , insyaalah. Dan kita sepatutnya lupa apa kejahatan yang orang buat pada kita….lemah iman kita ni…lambat sikit nak lupa.
Sunday, May 22, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)