Monday, September 8, 2014
Terasing dalam kebiasaan
Merancang untuk menunaikan haji tahun ini, alhamdulillah duit pun dah cukup tapi dapat berita bahawa visa tak dapat... kena tunggu tahun depan kalau ada rezeki, insyaAllah. Mohon untuk bersara awal. Semoga permohonan ini Allah luluskan dan permudahkan. Kesihatan dan keadaan mengubah rasa dan jiwa. Tiada lagi keseronokan bekerja seperti dahulu.
Dah terasa diri ini tua tapi belum jumpa nikmat hidup yang sebenar... hidup untuk dunia dan akhirat. Mencari cinta sejati..cinta Robb! Belum menikmati lazatnya solat... sehingga ia kulaksanakan dengan tenang, bersungguh-sungguh, umpama makan sekeping kek keju atau kek lobak merah kesukaanku. Bila selera benar-benar suka... sedikit2 sahaja ku cubit, ku kunyah perlahan, penuh kenikmatan, seluruh deria rasa pada lidah menghayati setiap gigitan dan kunyahan... kalau boleh sepotong kek itu, walau memang hanya boleh makan banyak itu, akan bertahan lama nikmatnya.
Tapi aku belum lagi berjumpa suatu ketika dalam solat bila aku merasa enaknya berkata-kata dengan Robbku, menghayati setiap bacaan dengan penuh syahdu, manis, mesra, rindu yang tak akan padam biar setiap waktu bertemu.
Mungkin Allah mahu aku terus mencari... bahawa aku belum bersedia untuk menjadi tetamuNya. Adakala rasa rindu... aku rasa jemu pada dunia yang penuh fitnah, porak peranda... ingin tinggalkan semua... dan pulang ke kampung asal. Tapi aku sedar bahawa aku tak cukup bekal. Datang pula rasa takut dosa2 belum terampun, taubatku belum sempurna.... tahu aku tak mampu ke neraka.
Ya Allah... bantulah hambaMu ini!
Monday, September 2, 2013
Just an after thought!
but then back to the subject matter....behaving rudely to others. i wonder when and what allows one to behave in that manner. if it is the nature....someone should tell or advice....but if it nurtured.....maybe there is this problem...unawareness....that it is bad to be rude. Being a mom, a dad, a teacher, an educator...whatever.... should we teach our young ones to select and pick who to be nice to? deliberately or through our own behaviour?
We mould, shape, sculpt, trim, cut......design our lives....our offspring.... build a culture for our family members....we are the decision maker. the idea is what kind of life do we want to live together with our love ones and how do we want them to look at the society......and how do we want the society to look at us and what reputation we plan to get from them..
Tuesday, September 18, 2012
Thursday, September 13, 2012
Thanks to Allah
Thursday, July 7, 2011
Mimpi....
I wish all my happy dreams come through. Ada orang kata mimpi hanya mainan tidur. Ada kata mimpi mainan syaitan. Ada kata mimpi gangguan jin. Tapi mimpi juga mungkin ilham yang Tuhan beri kepada kita, orang biasa. Nabi-nabi bermimpi perkara-perkara benar. Wahyu Allah kepada persuruh dan rasulNya. Dulu-dulu orang kata kalau kita bermimpi dipatuk ular itu maknanya ada orang nak masuk meminang. Kata orang sekarang, kalau mimpi dipatuk ular tandanya telah disihir. Kata orang dulu kalau mimpi gigi tercabut tandanya ada orang yang dekat dengan kita akan meninggal dunia. Kata orang sekarang sebab tak menjaga kesihatan mulut dengan baik. Kalau baca buku Ibnu Sirin tentang mimpi ada berbagai tafsiran.
Macamana kita nak tahu mimpi itu benar? Pukul berapa mimpi benar? Kata orang kalau tidur dalam keadaan bersih dan suci, berwuduk mungkin mimpi itu adalah mimpi yang benar? Iya ke? Teringat pulak lagu-lagu mimpi. Mimpi sedih, mimpi di siang hari, umpama mimpi dalam mimpi….entah la. Oooo I honestly don’t know. I had nice dream last night and I was sad when I had to wake up, although I am grateful and thankful to be alive…..the dream was nice. If only the dream comes through…..I will be dreamy all day…..ha ha ha…..
If I can plan, plant and make dream, I will make one for everyone…. Because sometimes just a little dream makes your life wonderful….but then…..dream on…..he he he…. Ada ke orang yang mimpikan kita ye???????
Monday, July 4, 2011
Cinta, cinta, cinta......
Cinta itu meletihkan kata orang lain pula. Kita dengar satu lagu korea yang melodinya enak didengar bila di terjemahkan…..love is exhausting….kesian pulak rasanya. Ada pula menulis tentang cinta dalam berbagai-bagai perasa; masam, manis, pahit, ada yang melambangkan cinta dengan berbagai metafora…cinta itu udara yang di hirup….cinta itu matahari yang menyinari, cinta itu hujan yang menyuburkan bumi…..
Ahhh…cinta! Cinta kedengaran dimana-mana. Bukan sahaja cinta sesama manusia; cinta kekasih, cinta monyet, cinta separuh nyawa, cinta buta, cinta abadi…..cinta, cinta, cinta…… ada juga cinta Negara, cinta raja,cinta bangsa, cinta budaya, cinta bahasa, cinta sejarah, cinta keamanan, …..segala macam cinta dunia dan cinta kepada Allah, cinta agama…..cinta akhirat.
Kata orang hidup tanpa cinta umpama dunia tanpa udara…membawa mati. Kata orang lagi cinta setia membawa ke syurga. Kata orang cinta abadi anugerah tertinggi. Ye ke? Kadangkala kita pun merasa ingin cinta dan di cinta. Tapi apa penilaian kita tentang cinta ye? Adakah cinta itu digambarkan dengan kata-kata, tingkahlaku, pandangan, ingatan, hadiah, puji-pujian? Benarkah penilaian kita tentang cinta? Bagaimana pula kita pamerkan cinta itu? Betulkah tindakan kita atas dasar cinta?
Aduhai….manisnya cinta kalau merasa bahagia dan pahitkah cinta bila sengsara? Adakah kita marah kerana cinta, kita merajuk kerana cinta, kita menegur kerana cinta? Adakah diam kita kerana cinta, bersuara juga kerana cinta? Bilakah kita berbelanja kerana cinta, berjimat untuk cinta,melabur kerana cinta, menabung untuk cinta? Siapa yang kita cinta, untuk apa kita bercinta, bila kita bercinta, dimana kita bercinta?
Ooooh……kita rasa perlu cinta…….ye ke?
Sunday, May 22, 2011
Oh kawan!
Macamana dengan orang yang kita anggap sebagai kawan dan mengaku dia kawan kita tapi dia tikam kita dari belakang? Kata orang, “who needs an enemy if you have a friend like that?”Kata orang yang paling mulia di atas dunia Nabi kita s.a.w. kalau kawan kita mencampur dan menjual minyak wangi kita pun wangi, kalau berkawan dengan tukang besi…zaman sekarang welding sana welding sini, baju kita mesti ada lobang-lobang kena percikan api (wallahualam).. tapi kalau masa mula-mula berkawan dia jual minyak wangi lepas tu dia tukar pulak jadi tukang besi…apa kita nak buat?
Ada lagi yang orang kata…kawan makan kawan. Kawan ni mungkin jenis karnibal suka makan daging manusia…. Isyk, isyk, isyk…kita suka makan keropok. Apa pun a friend in need is a friend indeed. Ye ke macam tu? Macamana dengan kawan yang cari kita masa dia susah je…kita jadi a friend indeed tapi masa kita susah dia hilang lesap kita jadi a friend in need…alamak!
Kawan-kawan kita ada berbagai personality kan? Tapi bagaimana kita nak memilih kawan? Bukan senang kan? Sebab ada kalanya manusia ni sangat pandai berlakon dan berpura-pura. Baik dan mulia di depan kita. bak kata orang-orang dulu….telunjuk lurus kelingking berkait….Betul ke penggunaan ini? Entahlah. Kita tengok drama-drama di tv, banyak digambarkan perangai hipokrit macam ni. Kita terasa macam kita pun mempunyai bukan kawan tapi kenalan yang macam tu. Dia kata dia kawan kita dan kita dulu anggap dia kawan tapi sekarang biarlah kita kita dia sekadar kenalan sahaja. Tapi walau hati kita terluka kita berterima kasih sebab kerana dia kita dipanggil ketua. Ditanya apa berlaku, di nasihati.
Kita terfikir apa jenis kawan yang kita nak jadi dan apa jenis kawan yang kita perlukan? Dulu banyak perkara yang kita hadapi bila mengetuai sesuatu kumpulan dan banyak kelemahan malahan kesalahan yang dilakukan oleh ahli kumpulan kita. sebagai ketua kita diamkan sahaja, sekadar bercakap secara berlapik menasihati kerana menganggap mereka kawan kita. Sebenarnya kita “mungkin” kawan yang baik tetapi ketua yang lemah. Tapi bila kita berada dalam kumpulan lain diketuai orang yang mengaku dia kawan kita, tanpa tanya kita, terus mengadu kepada bos kita. Kalau menyuruh memang macam askar beri arahan, talipon kita, dengan nada keras dan garang tapi kata dia tahu dan memahami masalah kita.
Kita tahu mana mungkin kita betul semua….laaa…kita pun orang! Bukan malaikat atau robot. Pasti buat salah. Tapi kita berdoa semoga Allah ampunkan kita dan kita bersyukur Allah tunjukkan kita siapa yang boleh kita percaya dan siapa yang harus kita hindari. Semoga kita tak buat perkara yang mendatang kemurkaan Allah dan menyebabkan kita terhumban ke neraka yang dalam…nauzubillah! Kita mohon ampun.
Apapun kata orang dulu-dulu….muka berpandangan budi kedapatan….bila telah lama kenal, kenallah kita peraangai dan hati budinya…iye ke maksudnya ni? Entahlah. Tapi kita tak mahu berlaku tidak adil. Orang-orang yang telah buat kebaikan kepada kita pasti akan kita kenang , insyaalah. Dan kita sepatutnya lupa apa kejahatan yang orang buat pada kita….lemah iman kita ni…lambat sikit nak lupa.
Tuesday, March 15, 2011
Bersimpatilah
Apa yang mengecewakan adalah sikap orang Islam lain yang menyaksikan bencana ini dari jauh termasuk orang-orang di Malaysia. Bila difikirkan semula mungkin ini juga sebab mengapa sukar berdakwah dan menarik orang Jepun menganut Islam kecuali yang hidayah datang terus daripada Allah, (memanglah hidayah itu Allah yang beri tetapi bukankah kita diperintahkan berdakwah, menyebarkan agama sebagaimana Allah mengutus Rasulullah s.a.w. untuk berdakwah) sebab orang Jepun mempunyai dan mengamalkan akhlak yang lebih mulia daripada orang Islam sendiri. Orang Jepun memang terkenal dengan sifat menepati masa, berintegriti, amanah, sanggup bertanggungjawab dan macam-macam sifat baik, sebagaimana kita mendengar dan membaca akhlak Nabi s.a.w junjungan kita.
Berbalik kepada kiamat kecil di Jepun, kita membaca komen-komen dan ulasan yang tidak sensitif, lakaran kartun yang menunjukkan sifat menggelakkan kesusahan orang lain, kebimbangan tentang kerugian bagi yang berkepentingan dan sebagainya. Mana sifat prihatin kita, doa dan timbangrasa kita? Apakah orang kaya dan orang senang tidak akan merasa sakit dan sedih jika ditimpa malapetaka? Mana sifat mulia kita sebagai manusia?
Memang Jepun boleh bangkit jika Allah mengizinkan sebagaimana selepas Perang Dunia Kedua, memang itu harus kita contohi dan kagumi. Memang masalah di Jepun akan menjejaskan dunia secara lansung dan tidak lansung tetapi kita di ajar mendoakan terbaik dan ingatlah tiada apa kuasa yang dapat mengatasi kuasa Allah.
Jomla kita ambil ikhtibar bahawa Allah yang lebih berkuasa dan bukan hak kita menpersendakan kesusahan orang lain. Berdoalah semoga kita tak ditimpa bencana sebegitu rupa dan doakan untuk manusia sejagat ini kecuali orang yang terang-terangan menindas kita. Semoga lebih ramai orang yang di timpa bala bencana mendapat hidayah Allah daripada kesusahan dan ujian yang Allah berikan.
Bayangkan kalau orang Jepun sakit hati dengan kita di tarik segala pelaburan, ditutup segala kilang, bolehkah cicakman ke, keluang man ke, roh badang datang selamatkan kita….. Kalau kita mengambil kira segala faktor persekitaran, memikirkan tempat yang paling selamat di atas bumi ini pun, pastikah kita Allah tak akan menguji kita dengan bencana alam lain? Ingatlah bahawa Allah yang berkuasa, jangan mempersendakan orang Jepun kerana teknologi dan pembangunan mereka. Sekarang gunung berapi di Kyusu mulai aktif, Jepun mungkin akan mengalami bencana lagi….
Monday, March 14, 2011
Daging mu, dagingku
Sedap benar makan daging……. Daging saudara kita. Mengumpat!!!! Kita bukan kata orang lain sahaja sebab kadang-kadang kita pun terjebak sama sampai kadang-kadang kita terfikir kalau baca suratkabar yang kerjanya menceritakan tentang hal artis dan orang terkemuka macam makan daging pekasam… busuk tapi telan dan kunyah juga.
Bila kah agaknya kita mampu melawan dan menyuruh orang berhenti cerita kisah orang lain yang memang kita tau tuan punya badan tak seronok nak dengar. Sanggup ke kita cakap kat kawan-kawan kita yang tengah rancak makan daging ni supaya berhenti. Bagaimana ye? Ataupun sanggup ke kita sendiri kata macam ni…
“ Ala tak baik tau cerita hal orang. Apa kata korang cakap pasal aku…apa-apa je yang korang nak cakap. Aku boleh dengar sekali jadi tak ada la mengumpat. Kalau tak benar, aku boleh betulkan supaya tiada pula menjadi fitnah! Ataupun cerita aku tak menarik, cerita kisah diri engkau je la….”
Sanggup ke kita buat macam tu? Sanggup ke kita mendengar orang cerita kisah diri kita yang kita tak seronok dengar walaupun dengan kehadiran kita apatah lagi kalau kita tak ada kemudian orang cerita dan semua orang dah tahu bila kita sedar kisah kita di jajakan.
Sebab apa orang suka sangat cerita hal orang? Sebab dia rasa diri dia lebih baik daripada orang lain. Dia rasa dia tak buat salah, hanya orang lain sahaja yang buat salah dan kesalahan orang tu sangat dahsyat dan teruk mesti beritahu kepada orang lain. Entahlah, kita pun tak tahu. Tapi ada kala kita rasa macam terperangkap dan tak mampu lari dari kelompok kanibal yang makan daging ni. Kita tak rasa nak makan daging tib-tiba je dia bawak jamuan daging. Adakala kita ingatkan jangan makan daging, dia pergi jumpa orang lain, daging kita pulak dimakannya.
Lepas tu kita kadang-kadang geram dengan orang, kita pun makan daging mereka. Eeee… kita rasa tak enak perut memikirkan…. Macamana nak suruh orang berhenti makan daging ni…macamana nak berhenti makan daging orang, macamana tak nak bagi orang makan daging kita…..macamana????
Memang ada ketika kita dibenarkan bercerita tentang orang lain dalam hal-hal yang menuntut kebenaran dan keadilan kepada orang yang dibolehkan kita menceritakan. Tapi banyak masa kita tak buat macam tu…
Tuesday, March 8, 2011
Merapu
Easier said than done! That is my problem. I can sit and listen to other people and their problems, give them advice and encouragement but at times I failed to manage my own life! So does that make me a liar, a hypocrite? Someone who didn’t walk the talk? I don’t know and it is driving me crazy. Why is it difficult to handle our emotions, when we have the answer there and then?
The opening of 2011 wasn’t really fun for me. Well, I am going to switch code now.
Ujian? Musibah? Ye la agaknya. Mak sakit sejak Januari sampai sekarang masih belum sembuh. Kita sendiri melalui saat sukar mengawal emosi dan perasaan melalui 2011 yang bermula agak perit bagi kita. Namun kita percaya akan datang hari yang terang dan indah bila kita akan merasa tenang dengan kehidupan ini walau apa pun yang berlaku.
Kadang-kadang mudah benar kita menjadi pendengar kepada masalah orang lain, memberi pandangan dan nasihat tetapi bila kita ditimpa masalah (yang sebenarnya kasih sayang dan rahmat daripada ALLAH) adakalanya kita tersungkur dihempap kemurungan. Lemahnya iman kita! Susah sebenarnya sehingga kita mempersoalkan ibadah kita adakah sempurna sehingga kita tak mampu mengawal perasaan sehingga kita rasa macam hilang punca. Tak tahu apa yang kita rasa….adakalanya kita menangis, adakalanya kita rasa nak tidor sahaja sepanjang hari, adakalanya kita tak mampu tidor. Bila kita fikir dan merenung kita tak nampak masalah yang berat sangat pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Ada orang yang benar-benar susah tapi tenang sahaja, tinggi dan hebat imannya.
Kadang-kadang kita terfikir adakah kita mengalami gangguan makhluk yang kita tak nampak tapi kita tak pula melalui apa-apa simptom yang kita dengar dan baca sebagai tanda-tanda gangguan sebegitu. Di rumah kita tak ada masalah pun. Kemudian bila kita fikirkan tentang fisiologi kita sebagai wanita, kita cuba kaitkan dengan kemungkinan kita mungkin mengalami masalah pre-menopause…kita masih mengalami kitaran yang normal dan tetap, tiada sebarang rasa panas, atau simptom yang berkaitan. Apa sebenarnya masalah kita? Masalah keluarga? Siapakah yang tidak mempunyai apa-apa masalah dalam keluarganya?
Kurang bersyukur kot? Kurang juga bersenam dan menjaga pemakanan kita. Kurang juga membaca. Apa yang banyak kita buat adalah memandu, makan, tidor….!
Kita rasa kita boleh jawab semua soalan tu….dan kita rasa kita akan hentikan segala kegilaan itu sekarang dan lebih baik kembali kepada diri kita yang gila-gila ni, asalkan jangan gila sudahla.
Wednesday, December 1, 2010
A thought at the end of the year
Sedar tak sedar hari ni dah 1 disember. Cepatnya masa berlalu tahun 2010 hampir berakhir. Dunia akhir zaman, apalah 24 jam sehari kalau dua belas bulan berlau dengan begitu pantas. Begitulah maksudnya usia kita menjangkau tua begitu pantas. Pejam-celik,pejam-celik dah begitu hampir 2011…..11 tahun dalam abad baru….apa yang telah kita buat, apa yang kita dapat???
Persoalan yang muncul setiap kali bayangan tahun baru muncul adalah azam. Apa azam tahun baru? Dan tahun baru hijrah sebenarnya sangat-sangat hampir hanya 6 hari sahaja lagi….lalu apa pula azam tahun baru hijrah ini? Kita rasa apapun azam yang kita ada untuk tahun yang hanya berupa jangkaan masa depan yang belum pasti berlaku…..adakah kita telah membuat refleksi tentang apa yang telah kita capai dan lakukan sepanjang tahun ini…yang tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi?
Reflection…..reflective practice! Funny to me somehow, because I've been listening to this term for almost two weeks now. But do we practise reflection in everything we do? Muhasabah? Muraqabah? Thinking, pondering, musing…….what??? Internal, external…luar, dalam? Apa? Apa yang perlu direnungi, apa yang perlu dikaji semula..semuanya juga sangat penting. Nak buat refleksi apa sebenarnya? Mengapa perlu buat refleksi? Lebih baik buat azam sahaja.
But I truly believe reflection/muhasabah…whatever you call it…is a very important 'action'…to improve conditions, to identify failures, to find remedy, to think of ways to enhance….
Monday, October 18, 2010
Hari ni kita pergi buat pemeriksaan kesihatan di HUKM….rawatan susulan biasa. Awal pagi sampai sebelum 7.30 pagi pun dapat nombor 8…perkara biasa juga. Lepas ambil nombor kita pergi kafeteria untuk sarapan, nasi goreng dan teh-o. Alhamdulillah! Yang menarik perhatian kita hari ini adalah sifat budiman seoran wanita cina yang berumur lewat 50an atau mungkin 60an. Kita tanya dia samada tempat duduk di depannya kosong…dia kata ya, sambil merungut tentang keadaan meja itu yang tidak dilap dan pinggan yang tidak di kutip oleh pekerja yang bertugas. (Sebelum tu kita dah tanya seorang perempuan melayu yang agak muda kalau kita boleh duduk depan dia. Dia kata ada orang tapi sampai kita habis makan tempat tu kosong…mungkin orang yang di tunggu lambat…jangan berprasangka!)
Balik cerita wanita cina tadi. Bila kita duduk dia makan cepat-cepat dan mengumpul semua pinggan yang kotor lepas tu, siap tolong lap meja tu. Kita rasa kagum dengan sikapnya sebab tak ramai orang yang akan mengangkat pinggan mereka sendiri walaupun tempat pinggan kotor hanya disebelah meja sahaja, apatah lagi nak tolong mengelap. Ada orang yang masih buang sampah di mana-mana sahaja. Tiada perasaan langsung. Sedang kebersihan itu adalah didikan agama Islam, orang islam jugalah yang seringkali gagal mengamalkannya…..
Bercakap tentang sikap ni, kita nak juga sebut satu lagi perangai….orang kita. sekarang ni musim kenduri kahwin dan doa selamat orang yang dipanggil menjadi tetamu Allah. Boleh kata setiap hujung minggu kita dapat undangan perkahwinan. Kita melihat makan secara buffet bukan lagi perkara baru dalam majlis perkahwinan tetapi masih ramai orang yang senduk nasi dan lauk banyak-banyak kemudian tak habis. Begitu banyak pembaziran berlaku. Mengapa tak ambil sekadar yang boleh dimakan sahaja atau kurang. Kalau sedap dan nak tambah..pergilah tambah daripada timbun dalam pinggan dan membazir. Ada juga yang kita tengok malas nak bergerak banyak, kumpul semua macam depan meja kemudian duduk makan…..kurangnya kesedaran kesihatan….dikalangan kita.
Ada lagi perangai yang teruk juga….pergi makan kenduri walau tidak diundang. Sekarang terdapat banyak dewan oraangramai di bina dikawasan perumahan. Kadang-kadang penduduk berhampiran (terutama di KL la) sewa dewan tu untuk majlis mereka….tetapi orang-orang tertentu dikawasan perumahan berdekatan mengambil kesempatan makan percuma walau tidak di undang. Pernah terjadi majlis kenduri kawan kita…tak cukup makanan sebab penduduk rummah pangsa berhampiran datang makan atau ada yang malas masak suruh anak-anak mereka datang makan kenduri. Ceteknya ilmu kita. Tak kisah makan walau tidak dijemput sehingga tetamu yang di undang pun tak dapat makan. Mustahil pula kalau penganjur kenduri nak buat makan untuk semua termasuk penduduk berhampiran…..fahamlah!!! Belajarlah kalau tak tahu…. Ada lagi best kirim anak dia pergi dewan suruh bawak balik nasi dengan lauk…guna pinggan caterer….bila kira tak cukup tuan rummah kena ganti lagi…. Ermmm alahai… apa la nak jadi umat Islam Malaysia hari ni.
Entahlah….itu sajalah kita nak cerita hari ni. Seronok tengok orang pegi Mekah!
Tuesday, September 28, 2010
Lupa diri sungguh!!!
Macam-macam hal berlaku sepanjang cuti hari raya dan dua minggu selepasnya. Kita cuti panjang raya tahun ni. Bali kampong awal dan sempat buat kuih raya lagi….cayalah…. Masa hari raya ramai kat runag mak. Anak-anak mak dan ayah yang perempuan semua beraya bersama. Abang-abang dan adik lelaki kit raya rumah mertua masing-masing. Apa pun raya tetap meriah. Dalam kemeriahan raya tu, kita nak cerita tentang satu peristiwa yang agak geram dan suspen kita dibuatnya. Adapun kakak kita dah bertahun-tahun tolong seorang gadis ni, sejak dia memeluk agama Islam. Kakak kita bersama kawan-kawannya yang prihatin akan keselamatan dan kebajikan gadis ini, mereka membiayai perbelanjaannya. Selepas memeluk Islam dia di bawa ke Pasir Tumboh Kelantan untuk belajar agama sebab keluarganya pada peringkat awal tidak dapat menerima keislamannya. Lepas beberapa tahun dia ke Sabah sekejap….belajar di Kudat. Kemudian menurut gadis itu, dia ke Acheh melanjutkan pengajiannya dalam bidang agama juga.
Selepas itu si gadis ni menghantar macam-macam la surat akuan doktor mengesahkan dia menghidap masalah buah pinggang, kanser otak dan apa-apa entah. Dan hamba-hamba Allah yang baik hati, tanpa prasangka terus-menerus menaja dan menghantar wang. Malah mereka mengutip derma puluhan ribu ringgit di masukkan dalam akaun gadis ini. Kita pun pernah juga menyumbang.
Tetapi bila kita melihat kekerapan gadis ini meminta wang, kita mula syak wasangka…..kita tak sebaik orang-orang yang menyumbang secara berterusan setiap minggu, bulan dan setiap kali di minta. Kata kita…kalau betul gadis ini dah hafal 30 juzuk, belajar usuluddin, mengislamkankan 7 orang tahun 2010 sahaja( itu antara pencapaian yang dia cerita kat kakak kita beserta sijil2 pengesahan yang dia hantar…bla,bla,bla….) bukan begini cara hidupnya. Orang yang alim dan warak biasanya akan berusaha mencari rezeki dan malu meminta-minta untuk kegunaan sendiri. Kakak kita macam bengang dengan kita. kita faham sebab soal agama ini selalunya memang akan menyentuh hati orang yang baik dan mengharapkan reda Allah.
Jadi kita pun mulalah buat siasatan. Orang lain duduk dapor memasak dan layan tetamu, kita buka laptop, mula menaip nama institusi pengajian tinggi di Acheh sebagaimana dalam sijil-sijil si gadis. Jeng…jeng…. Tidak wujud!!!! Lepas tu kita pegi website kementerian pelajaran Indonesia….tekan sana, tekan sini…..jeng…jeng tak ada hasil. Lepas tu dia kata dia johan tilawah Al-Quran antara university- antarabangsa….. tak ada apapun… lepas tu kita jumpa facebook muka dia je dengan nama institusi yang dia kata dia belajar……hanya dia sorang je…..ahlinya. Kita panggil kakak kita dan tunjuk apa yang kita temui….dia pun diam. Dalam pada tu si gadis menalipon dan sms bertalu-talu sebab nak duit 7juta rupiah untuk daftar semester baru….20 Sept. Kita rasa hairan sebab semester apa bermula hujung September ni? Sebelum tu, tahun lepas dia kata dia johan tilawah dapat pergi Mekah tapi di Indonesia hanya dapat hadiah tiket je….lain-lain kena belanja sendiri. Kita pelik juga sebab nak buat haji ni kena ikut saluran yang sesuai ada kuota, boleh ke dapat tiket gi Mekah musim haji pasti cari hotel sendiri bla.bla..bla. bila tanya mana gambar, kamera dia kena curi….kasihannnnn… tahun dia menang lagi tapi dia tak nak dah tiket gi Mekah dia tukar dengan computer riba. Memang kita tak percaya….bagaimana mereka semua boleh percaya? Ujian……cobaannnn…. Boleh ke tukar hadiah tilawah tiket gi Mekah dengan komputer riba? Nilai pahala Haji boleh ganti dengan computer riba….bagi seorang hafizah????? Kita keliru….macamana mereka boleh terus percaya…..cobaaannnn.
Lepas tu anak-anak buah kita yang suka tengok laman web mukabuku (facebook) cari punya cari…..jumpa gadis ini. Dia pun tak berapa cerdik sebab semua orang boleh tengok profil dia… mereka pun cari kawan si gadis ni dan 'add' sebagai kawan. Dengan izin Allah, dengan segera di terima. Apalagi bukaklah si gadis punya akaun….. Amboiiiii, meriahnya belajar agama, seorang hafizah ber'posing' berbagai gaya bersama jejaka-jejaka……Kantoiiii….. dah siasat melalui laman sesawang… kami semua tengok dari gambar mula mengagak di mana dia berada dan bekerja. Jadi balik KL lebih awal dan buat siasatan dan jumpa dia. Intip dulu dari jauh…. Dah pasti benar, talipon suruh kakak kita datang…. Buat laporan polis dan bersemuka……..
Penatla…. Menaip. Kerja banyak …. Nanti sambung. Apa pun kami bersyukur Allah yang Maha Mengasihani menunjukkan hakikat sebenar….dan pengajarannya manusia ni tak peduli pun kalau boleh senang dan memang ramai orang yang salah guna kebaikan orang lain untuk kepentingan diri. Sedih bila dah tahu…mujur juga ditipu, bukan menipu…sebab ada bebrapa penyumbang yang bukan orang senang….hidup sendiri pun ala kadar….tapi atas nama menyelamatkan aqidah dan bersedekah untuk yang kononnya menuntut ilmu agama…menyumbang juga, bukan sekali dua. Doa mereka ni sangat bahaya bagi orang yang mengambil kesempatan….. entahlah!!!
Monday, September 13, 2010
Salam Lebaran
Hari ni dah 4 Syawal. Ramai yang dah mula bekerja. Kita masih bercuti di kampong bertemu sanak-saudara. Mungkin sehari dua lagi balik ke Kuala Lumpur. Mungkin belum terlewat untuk kita memohon maaf daripada semua. Maafkan segala salah dan silap kita ye. Makan dan minum pada waktu siang dah kembali semula….. dan pasti menjadi satu perjuangan untuk mengawal berat badan dan kesihatan. Ramai juga yang dah mula puasa enam tapi kita belum mula lagi. Semoga kita dapat sempurnakan yang enam hari itu tahun ini, insyaallah.
Bila waktu raya ni jumpa ramai saudara-mara, Alhamdulillah. Seronok. Tapi selalu sangat disoal dengan soalan yang tak mampu dijawab dan memang tak suka nak jawab. Teringat Ramadhan yang telah berlalu. 30 pinangan untuk ke syurga jika kita terima dengan amal ibadah mengharap cinta kasih Allah. Dan semoga kita telah menerima kesemuanya sebaik mungkin dan kita akan ditempatkan di rumah indah di syurga.
Di hari raya ini, kita juga dianjurkan bersedekah sebab itu pun sunnah. Di Malaysia ini amalan biasa memberi duit raya pada kanak-kanak yang datang sebagai hadiah. Seronok budak-budak tu. Kalau kita tak nak bagi duit pun tak apa, setakat bagi minum dan makan, itu perkara biasa. Bersedekah dengan kata-kata yang baik dan wajah yang manis dan senyuman yang mesra. Kalau tak boleh buat semua tu, tak payahlah pulak mengeluarkan kata-kata yang tak seronok didengar. Menyindir-nyindir dan menyakitkan hati orang lain. Hilang semangat nak raya.
Apapun, kita mohon kemaafan sekali lagi. Banyak salah kita dengan semua. Salam lebaran.
Thursday, September 2, 2010
Dialah pemberi segala
Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar hari ini dah 23 ramadhan. Dah hampir tiba kepenghujung. Sedih juga rasa hati ini. Bertemukah kita Ramadhan lagi pada tahun depan? Dan kita perempuan yang mencari maghfirah berhadapan dengan fitrah. Reda jugalah kerana Tuhan yang tahu akan hikmah segala. Sekarang kita berusaha mendapatkan keampunan dan bebas dari neraka…macam orang lain juga. Terbayang kita rahmat kasih sayang Allah yang tak terhitung dan usia yang semakin tua. Kalau dulu boleh membaca dengan hanya 2 mata anugerah Tuhan sekarang kita perlu bantuan cermin mata. Kalau dulu boleh bekerja lama dan tak letih, sekarang kita penat. Tak larat, banyak yang dah tak mampu nak buat seperti dulu. Uban pun dah mula mengintai dicelahan rambut, lebih berani dari dulu kerana jelas kelihatannya.
Dan yang pasti kematian itu semakin menghampiri. Dan hidup ini selagi bernyawa akan terus melalui ujian; kecil, besar, sederhana. Ada ujian yang baru muncul. Ada yang telah pergi dan ada yang bersambung tak berhenti dari sumber yang sama, bentuknya sahaja berbeza. Kadang-kadang kita rasa dah selesai, muncul pulak lagi….bila nak berhenti, entah!
Kita kadang-kadang gagal menasihati diri sendiri bila ada ujian melanda. Hati jadi keluh-kesah, kepala sakit, risau dan sedih. Ada kalanya keluar macam-macam rungutan dari mulut kita, membebel dan marah pada orang yang kita rasa menyusahkan hidup kita. Selalu benar kita lupa bahawa segala kesulitan dan kesusahan yang kita hadapi adalah ujian daripada Allah untuk hambaNya. Mungkin dosa-dosa masa lalu kita yang bertimbun akan diampunkan jika kita sabar dan reda menerima ketentuan dan ujian yang Allah berikan.
Mana ada orang yang hidupnya hanya melalui malam sahaja sepanjang hayat. Selepas malam pasti datang siang. Teringat pula bagaimana Nabi Adam a.s. menunaikan solat subuh dua rakaat pertama kalinya kerana bersyukur kedatangan fajar yang menghilangkan kegelapan malam, berganti siang. Hilang segala rasa takut dan bimbang dengan kehadiran siang yang cerah dengan sinaran mentari. Mana ada hujan yang tidak berhenti. Setelah hujan pasti mentari akan bersinar semula.
Bila kita ingat semula apa yang telah kita lalui, kita rasa berdosa. Kita tahu bahawa tiada apapun yang kita miliki adalah hak mutlak kita. segalanya pinjaman belaka. Dan apa yang tidak kita miliki memang bukan ditakdirkan untuk kita kerana Tuhan tahu apa yang baik untuk kita. Masalahnya, tidak setiap masa kita ingat semua tu. Pada masa sesuatu yang kita tidak ingini berlaku, secara spontan mulut kita akan mengucapkan kata-kata yang sering kita kesali. Susahnya mendidik diri dengan akhlak terpuji, tak kira masa, tempat dan ketika.
Dan kerapkali kita telupa bahawa Tuhan yang Maha Pemurah, tak pernah biarkan kita begitu sahaja dengan segala ujian yang menimpa. Ada berbagai bentuk pertolongan dan 1001 macam kekuatan yang bila kita renung semula, entah dari mana datangnya. Tapi ia ada tatkala kita memerlukan biar apa pun bentuk dan kaedah. Kadang-kadang saat kita runsing, lagu nasyid pun boleh memberi keinsafan. Berdosanya kita kalau tak bersyukur.
Cakap pasal syukur, teringat perbualan yang kita dengar tentang wang 500 yang kerajaan bagi untuk kakitangan. Tadi kita terdengar perbualan beberapa orang yang membandingkan jumlah yang diterima dengan apa yang kakitangan sesetengah syarikat swasta terima sebagai bonus tahunan mereka. Kita diam saja. Memang tak banyak, bagi orang yang gaji banyak. Kita memang perlukan duit dengan banyak. Tapi kalau itulah rezeki kita, Alhamdulillah, dari tiada baik juga ada. Dan 500 sangat bernilai bagi kita. mungkin bagi mereka yang biasa beli sepasang baju dengan harga 350, jumlah yang diterima itu kecil.
Entahlah! Tapi Allah jualah yang memberi rezeki, melapangkan atau menyempitkan rezeki. Dia jua yang member hidayah dan petunjuk kepada siapa yang Dia inginkan.
Monday, August 30, 2010
Mencari merdeka
Esok hari kemerdekaan ke 53. Kita telah bebas daripada penjajahan untuk kali yang ke 53 tahun. Benarkah kita telah benar-benar bebas dan merdeka? Kita bayangkan sebuah Negara yang mempunyai banyak sumber dengan penduduk yang ramai namun tidak mampu mentadbir Negara sendiri. Ada kuasa lain yang datang dan menguasai segala hasil kekayaan dan memperolehi keuntungan tetapi rakyat asal Negara itu hidup dalam serba kesusahan dan ketakutan. Tiada kebebasan untuk menentukan dasar, membuat keputusan, mengagihkan kekayaan Negara kepada rakyatnya.
Apabila penjajah telah pergi dan rakyat dibenarkan menentukan dasar dan kaedah mentadbir Negara, adakah itu tandanya kita telah merdeka? Merdeka dari penjajahan kuasa asing secara keseluruhankah kita? Teringat pula keadaan keluarga kecil. Apabila seorang suami atau isteri merasa terkongkong dengan ikatan perkahwinan. Tidak bebas melakukan apa yang mereka ingin lakukan lalu mereka membebaskan diri. Isteri menuntut cerai atau suami menceraikan isteri. Merdekakah mereka? Apa pula dengan anak-anak? Rakyat dalam keluarga! Apa pilihan anak-anak?
Kita teringat orang yang kita kenal. Datang mengambil anak dari keluarga bekas isteri dengan alasan anak terabai kerana tidak dijaga sendiri oleh ibunya. Lalu katanya dia akan membebaskan anak dari segala kongkongan keluarga ibunya. Merdeka kan anak lelakinya. Kemudian anak itu dibiarkan tanpa didikan agama, tanpa memastikan cukup solat 5 waktunya, dibawa bersama ketika berpacaran dengan teman wanita. Bebas atau hidup bebas? Bila kehadiran anak terasa membebankan, hilang dan kurang kebebasan, katanya pada anak, pergilah tinggal dengan ibumu! Dia ingin merdeka. Lalu anak itu, apa yang dia dapat? Merdeka dari cara hidup bapa dan ibu pula harus memerdeka anak dari segala alfa, segala yang dia lupa? Kata anak, alamak duduk dengan ibu harus ke kelas agama, tak boleh pergi ke sini atau ke sana…. Hilangkah kebebasannya…hilang merdeka?
Di saat suku ketiga akhir Ramadhan, manusia mencari merdeka…bebas dari api neraka. Kita pun mengharap rahmat, maghfirah dan merdeka dari api neraka. Kadangkala tekanan dan bebanan hidup menjadikan kita orang yang mengeluh dalam reda… bilakah kita akan benar-benar merdeka? Kita selalu mengharap agar kita merdeka dari bebanan hutang-piutang –bebas dan merdeka dari segi kewangan.Bebas dari keluh-kesah dan tanda tanya. Bebas dari saat-saat alfa dan lupa bahawa hidup ini sementara, bebas dan merdeka dari keinginan duniawi…. Tapi susah! Susah sungguh!
Sebagai anak kita ingin menjadi anak yang merdeka dari melukakan hati kedua ibu bapa yang sudah tua, ingin melihat ibu bapa merdeka dari segala bentuk kesusahan dan dukacita. Sebagai ibu kita ingin melihat anak kita merdeka dari kejahilan dan menjadi orang yang berilmu, merdeka dari gangguan dan pengaruh buruk disekelilingnya, merdeka sebagai hamba Allah yang taat dan berwawasan dunia dan akhirat. Sebagai manusia kita ingin merdeka dari akhlak yang buruk, fitnah dunia dan akhirat, kita ingin merdeka!
Semoga kemerdekaan Negara yang tercinta ini di bulan paling mulia…memberikan kita kesedaran dan keinsafan akan erti sebenar kemerdekaan. Merdekakan diri kita dari sifat pentingkan diri, dari menganiayai dan menzalimi dan bebas merdeka dari memenuhi kehendak duniawi yang fana…tidak menjanjikan kemerdekaan sejati…bebas di akhirat sana. Doa kita untuk diri sendiri, untuk ibubapa, untuk anak kita, semua ahli keluarga, guru-guru/sesiapa saja yang mengajar kita, sesiapa yang kita ajari, muslimin dan muslimat dan semua. Semoga doa kita di terima. Amin!
Wednesday, August 25, 2010
Doa untuk diri
Beberapa hari ni kecoh isu Pak Imam baca doa untuk pemimpin bukan Islam di negeri yang di terajui oleh parti pembangkang. Hari ni kita dengar radio, bekas pemimpin kata mesti mendoakan pemimpin Islam kerana Negara kita ni Negara Islam. Kita teringat pulak situasi sekarang di bulan yang mulia penuh barakah. Ramadhan yang datangnya setahun sekali dan mungkin kita bertemu atau tidak lagi pada tahun depan. Dua tahun kebelakangan ini, Ramadhan bulan Islam yang mulia ini datang menjengah kita serentak dengan bulan kemerdekaan. Jadi kita pun buat juga persediaan untuk sambut merdeka.
Di Negara kita yang 'Islam' ni, menjadi satu kemestian sambut merdeka dengan kawat, pergerakan-pergerakan mengikut muzik dan irama…mengibarkan bendera dan pom-pom sebagai tanda "SYUKUR???!!!" kita telah merdeka selama 53 tahun. Jadi bagi anak-anak remaja kita yang terlibat…terpaksalah mereka melaksanakan penghayatan Ramadhan a'la merdeka….dengan goyang pom-pom dan bendera. Berkawat dan buat pergerakan yang dikehendaki untuk menjayakan perintah meraikan kedatangan hari merdeka yang mungkin lebih penting daripada mengejar janji maghfirah di bahagian kedua Ramadhan.
Dan pada sebelah malamnya pula, latihan yang sama juga lebih penting daripada menunaikan solat berjamaah dan juga solat sunat tarawikh. Kita pun tak dapat buat apa-apa sebab Negara 'Islam' kita di perintah oleh pemimpin Islam yang tahu kepentingan umat dan rakyat. Yang mengharapkan doa daripada rakyat jelata dalam khutbah dan solat jumaat. Bukan kita kata salah menyambut kemerdekaan tapi kita hanya merenungkan keutamaan dan kewajaran…
Apabila mengakui diri kita muslim, adakah hanya dengan nama kita dan keturunan kita telah lengkapkah keislaman kita itu? Adakah iman kita cukup dengan nama dan bangsa? Tidakkah terfikir barang sedikit masalah sosial yang melanda kita sekarang berpunca daripada budaya yang kita ikut dan tiru dari orang yang menjajah dan tidak seugama kita? Merdekakah kita bila kita biarkan anak-anak kita duduk dalam kelompok lelaki perempuan bercampur-gaul….melagukan dan menghayun tubuh badan mengikut irama sebagaimana budaya penjajah bangsa dan agama kita dahulu?
Kurangkah kemerdekaan kita jika kita menghayati dan mensyukuri mengikut acuan agama dengan upacara yang tidak dicemari dosa dan maksiat dan bayangkanlah puasa anak-anak kita dan semua yang terlibat dengan sambutan. Mereka pun terpaksa. Tak perlu duduk ditempat panas terik untuk merasa letih. Alangkah manisnya jika penghayatan itu dipenuhi dengan tazkirah dan ceramah tentang kepentingan menjadi bangsa dan Negara yang merdeka dari segala bentuk penjajahan….rohani dan jasmani. Bertadarus (Mega) membaca Al-Quran. Berjemaah besar-besaran tanda kesyukuran?
Apakah janji manis kita dapat menandingi janji ibadah 1000 bulan, keampunan dan pembebasan sebenar… merdeka dari duka nestapa dari azab siksa…..dari Neraka. Tidakkah kita melihat bayi-bayi yang dibuang sesuka hati sebagai ujian atas kebebasan yang keterlaluan…..alahai…malaslah kita nak menulis lagi. Hati kita rasa sayu… kita yang terpaksa….
Dan mendengar keluhan anak-anak yang merasai diri mereka dizalimi menyebabkan kita turut terkesan. Alangkah bahaya doa dari orang-orang yang dianiayai dan dizalimi kerana Allah mengangkatnya terus. Apatah lagi jika keluhan itu melibatkan hak untuk beribadat dan menghayati kesempatan mendapat pahala pada bulan mulia mengikut acuan dan ajaran Rasul S.A.W.
Fikirkanlah. Sebagai saudara seagama kita hanya menyuarakan untuk renungan. Semoga ALLAH beri kita rahmat dan hidayahNya. Semoga kita terlepas dari bala bencana. Semoga kita di ampunkan jua. Amin!
"Barangsiapa mencari keredaan Allah dengan marahnya manusia, maka Allah cukupkan baginya dari perbelanjaan manusia. Dan barangsiapa mencari keredaan manusia dengan marah Allah, maka Allah lepaskan dia kepada manusia."
Monday, August 9, 2010
Masih mencari sakinah!
Kita disapa oleh seorang kenalan. Seorang yang menuntut dalam bidang agama dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang hal-ehwal agama. Tapi kita agak terperanjat bila dia tiba-tiba kata…."cemburu tengok makcik sorang ni, senang betul dia. Tak payah nak pening-pening,balik rumah boleh rehat, tidor….!" Kita senyum aje dan tak menjawab…sebab kadang-kadang diam itu lebih baik daripada memberi jawapan kan. Sebenarnya kita tak tahu nak kata apa. Dalam hati kita jawab…."kalaulah kamu tahu apa yang aku lalui…".
Apapun kita menerima hakikat bahawa sehebat mana pengajian dan pengetahuan dia, dia macam kita juga, hanya manusia biasa yang tak lepas daripada keluh kesah dan kelemahan. Itupun baru sekali ini kita dengar dia berkata macam tu. Kalau nak dibandingkan kita merungut dan mengeluh bila keadaan kita kurang selesa memang tak terkira jumlahnya. Tiba-tiba timbul rasa kesian dalam hati kita kepadanya.
Sekarang kita mendengar "Keluarga Sakinah di radio ikim…Dato Dr Sidek Baba. Sangat menarik dan sangat benar segala nasihat yang diberikan. Tapi kita keseorangan. Dia berkeluarga. Kalaulah kita ada keluarga seperti dia,alangkah hebatnya jika kita boleh aplikasikan apa yang dianjurkan oleh seorang yang hebat dan memang tahu apa yang dia sampaikan. Lalu dalam hati kita terfikirlah bahawa mungkin ada bahagian dalam kehidupan keluarganya, dia tak merasa bahagia. Dan kalaulah dia tahu bahawa, walaupun kita tak bersedih atau kesusahan, kita juga ingin bahagia berkeluarga….ermmm….bukan nak promo….tidak sama sekali….kita akui kita sangat memilih….SANGAT!!! Dan kita percaya inilah ujian kita..dan ALLAH mempunyai perancangan untuk kita, jadi kita tidak merasa kecewa dengan keadaan sekarang. Ada ketikanya memang tepat dan benar cemburu dia pada kita…ada ketikanya.
Berbalik kepada dia yang mempunyai anak-anak yang telah besar dan semuanya ke pusat pengajian tinggi, hidup yang selesa, `kelihatan cukup dan bahagia……tapi apa yang kurang ye? Mungkin dia tidak mendapat perhatian dan bantuan daripada suaminya. Bantuan dari segala aspek kehidupan, itulah yang kita maksudkan. Sebab isteri itu amanah. Kita rasa dia isteri yang baik dan dia memang cantik. Kadang-kadang manusia ni, bila mula merasa pengorbanan tidak mendapat penghargaan yang sepatutnya lama-lama boleh datang rasa bosan dan jemu…. Datang rasa kecewa tidak dihargai, datang rasa malas nak buat apa yang biasa, yang selalunya dilakukan dengan reda…jadi remeh, jadi susah, jadi memenatkan…. Lalu kadang-kadang tanpa sedar terkeluar dari mulut merasa iri dengan orang yang sebenarnya tak patut jadi bahan iri hati pun….apalah kehidupan yang kita ada?
Kata Dato Dr Sidek Baba, isteri itu amanah. Suami perlu buang egonya dan cuba menghormati dan memahami beban tugas dan tanggungjawab isteri dalam mendidik anak-anak dan untuk mendidik isteri juga. Cuba bayangkan kalau isteri itu seorang yang terpelajar…dan kalau dia mempunyai pulak (dengan salahnya) ego tersendiri. Sampai suatu masa dia akan menyoal dan bertanya apa yang dia perolehi daripada suami hasil perkahwinan ini…(selain anak-anak, hartabenda, sentuhan fizikal dsbnya) pasti dia inginkan pengiktirafan berbentuk penghargaan walaupun kadang-kadang dalam bentuk perlakuan yang sangat sedikit dan mudah. Kerana kita pernah melihat seorang isteri yang dalam setianya semasa hayat suami masih ada….melahirkan rasa sedih dengan apa yang dilalui sepanjang perkahwinan…sehingga dia hanya berdiam sahaja setiap suami bersuara kerana dulu suaminya tak pernah meminta pandangannya langsung….di awal perkahwinan pernah juga bersuara tapi dianggap tak ada makna. Mujurnya dan syukurnya suami sangat mengambil berat tentang anak-anak lalu dipastikan anak-anak terjaga walau selepas dia tiada.
Kita mungkin boleh kata tak baik isteri menyuarakan rasa tak gembira tinggal di rumah yang dibeli arwah suami…macam tak bersyukur. Tapi bukankah dia pun manusia yang punyai kemahuan dan perasaan. Kekecewaan yang dia lalui bukan sehari dua, bukan remeh, bukan kecil, cuba letakkan diri kita di situ. Benar memang, kita nasihatkan dia supaya reda dan sabar, itulah ujian yang dia telah lalui dengan jaya sepanjang bersama suaminya dan maafkan arwah atas kelemahannya. Sekurang-kurangnya dia tak susah walaupun menjadi balu. Tapi pengajarannya bagi kita adalah bukan senang melayari bahtera rumahtangga kalau tidak cukup ilmu,pasti akan ada ahli keluarga yang merasa tidak puas hati,kecewa dan akhirnya tidak bahagia.
Jadi pengajarannya, bukan mudah nak jadi suami dan tak senang nak jadi isteri. Kita pernah melalui kegagalan tahu banyak kelemahan diri………..sebab itu kita ditinggalkan! Tapi apa pun ilmu juga la penyelamat, hidup penuh pancaroba….Entahlah, sedikitnya ilmu kita jadi kita kena cari ilmu dan orang yang benar-benar berilmu…..ermmmmm alahai. Sabarlah temanku, ujian kita berbeza sebab kita dijadikan berbeza, semoga bertemu bahagia di cari ….di dunia dan akhirat nanti. Wallahualam.
Monday, August 2, 2010
Ada ke cagaran?
Kita mengulangi buku-buku lama sebab rasa bosan walaupun ada buku belum habis baca dan ada yang kita pinjam dari perpustakaan belum habis baca. Kemudian kita terjumpa semula kisah tiga orang pemuda yang terperangkap di dalam gua. Bagaimana mereka berdoa kepada ALLAH supaya diselamatkan dan dapat keluar daripada gua tersebut. Setiap orang berdoa dan menyebut perbuatan baik yang mereka lakukan ikhlas kerana Allah. Lalu kita terfikirlah, kalau ditakdirkan kita berada dalam keadaan genting begitu, adakah kita mempunyai apa-apa amalan yang baik yang kita lakukan ikhlas kerana mengharapkan keredaan Allah semata-mata? Puas kita fikir dan renungkan….pening kepala sudahnya. Adakala kita rasa kita ikhlas, tapi disebabkan sesuatu perkara kita sebut pulak perbuatan tu…hilang keikhlasannya. Ada masa kita bagi sedekah, kemudian kita dapat tahu orang yang minta sedekah tu sebenarnya bukan susah sangat…..sakit hati kita.
Kita buat kerja mula-mulanya tak ada apa-apa harapan tapi bila tiba-tiba nama orang lain pulak yang naik kerana kerja kita….terasa bengang. Jadi mana keikhlasannya kita? Bila kita tak nak beli barang kawan jual, tak ada alasan kita bagitau dia yang kita baru je hantar duit ke kampong untuk mak kita. Ermmm…. Adoiyaiii…… bila kita fikirkan tak adalah harapan nak keluar dari kesulitan dengan cara begitu agaknya.
Apa pun kita percaya Allah itu Maha Penyayang. Zaman sekarang dengan teknologi yang canggih banyak pertolongan yang Allah kirimkan melalui makhluk berupa manusia lain yang bertugas menyelamatkan manusia. Zaman dulu kala, manusia keluar dalam tempoh yang lama dan kalau tak balik sehari dua mungkin orang tak kisah. Sekarang mana kita pergi ada talipon bimbit. Ada saja cara menghubungi orang lain, insyaallah, adalah pertolongannya.
Tetapi kita juga memikirkan bagaimanakah caranya untuk kita membuat kebaikan yang hebat sehingga kita boleh gunakan amalan itu sebagai "cagaran?" memohon pertolongan daripada Allah. Adakah kita telah buat sesuatu yang boleh kita dengan yakinnya gunakan ketika merayu dan berdoa…….kita kena usahakan……….
Cerita lain lak……
Hari ni kita rasa sedih mendengar tentang kegagalan rumahtangga seseorang yang kita kenal. Sebelum ni kita pun sedih dengar tentang seorang rakan lain yang mengambil keputusan duduk berasingan dengan pasangannya kerana perceraian adalah sesuatu yang sukar bagi diri dan keluarganya. Minggu lepas kita dengar motivasi pagi di radio ikim tentang hubungan pasangan yang bermula dengan sakinah, mawaddah dan akhirnya rahmah. Kita merasa berbagai macam emosi dalam diri…mungkin kerana kita pernah melalui pengalaman yang sama. Apapun pengalaman yang sama tidak menentukan pengajaran dan kesan-akibat yang sama. Ada yang kita kenal melaluinya dengan sangat sukar dan ada yang kita kenal melaluinya dengan begitu tenang sekali. Kita? Dalam tenang tapi amat susah sebenarnya! Apapun kita bersyukur dengan apa yang kita lalui kerana kita merasakan pengajaran yang kita perolehi mengubah seluruh kehidupan kita.
Bukan kita merasa tenang, tapi orang lain sering mengucapkan bahawa kita tak nampak langsung seperti orang yang sedang di timpa musibah. Tidak nampak langsung riak di wajah kita. tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu, sebab itu kita kata tenang tapi sebenarnya tidak. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, kita merasa tenang…sungguh!!! Dan bila kita mengimbas semula pengalaman itu, kita merasa insaf betapa lemahnya jiwa manusia yang bernama kita ini, kerana merana kehilangan sesuatu yang begitu kecil nilainya. Ikhlasnya, ianya sangat sukar dan sangat payah, apatah lagi untuk melupakan…susah sungguh!!! Tapi bila fikirkan kembali….itulah rahmat kasih sayang Allah…. Apakah kita menunjukkan penghargaan dan kesyukuran kita dengan cara yang sepatutnya???
Monday, July 12, 2010
Sekadar menulis
"Biarlah berdiri menjaga maruah dan duduk menjaga tuah." (Itu sebaris tulisan yang kita petik dari Dr.Rubiah Hamzah). Sangat menarik bunyi dan sangat mendalam maknanya. Beliau menasihati seorang gadis,kalau tak silap, yang kecewa dengan cinta…….
Apapun, kita rasa semua orang harus membawa diri dengan betul dan baik….menjaga maruah dan harga diri dan pada masa yang sama memelihara dan menjaga apa saja anugerah yang Allah berikan kepada kita.
Kita dah lama tak menulis. Buka blog pun tidak. Alhamdulillah berpeluang pergi buat umrah dan selebihnya sangat sibuk dengan urusan duniawi yang tak berhabisan….semoga dapat imbuhan akhirat juga. Dalam masa sebulan setengah ni macam-macam perkara yang berlaku. Kita tengok macamana manusia buat macam-macam perkara untuk emndapat apa yang mereka ingini. Kadang-kadang kita tertanya-tanya apakah perasaan manusia yang sanggup lakukan apa saja untuk mendapat kemahuan mereka.
Teringat pulak pada orang-orang Indonesia yang berkitar sekeliling Kaabah sepanjang hari…tawaf kah mereka sebab setiap kali kita habis tawaf dan bergerak menuju ke Hajar Aswad untuk cuba nasib, mereka pasti ada disitu…..menawarkan…"ibu mahu dibantu?" Kita jadi keliru juga dan bila kita perhatikan mereka ini bukan hanya dua orang tapi ada lima tau enam orang sekumpulan, beberapa lelaki dan perempuan. Apabila ada yang menerima tawaran mereka akan mula mengepong dan kemudian bergasak menolak dan menyiku orang lain sehingga berjaya. Entahlah, kita pun tak tahu boleh atau tidak kita mendapatkan khidmat bantuan mereka. Tetapi seorng kawan yang ditolong kemudian diminta membayar wang kepada mereka. Tapi kita tak tanya berapa jumlah bayaran.
Mungkin kita bodoh kerana pada ketika dan saat sebegitu semua orang bertolak-tolak kita juga mesti bertolak-tolak untuk mendapat apa yang kita ingini. Tapi kita teringat juga tentang analogi akan di laut yang tidak masin dagingnya walaupun tinggal seumur hidup dalam air masin. Mengapa kita perlu ikut segala perbuatan yang kasar dan tidak beradap yang tidak pernah kita buat di tempat biasa, tetapi buat di tempat yang sangat mulia pula. Tapi kita terfikir juga bukankah kita seharusnya berlumba-lumba dan berebut untuk mendapat pahala???? Entahlah, sebenarnya kita jadi takut dan ngeri melihat orang berasak-asak sehingga ada wanita yang keluar dari kawasan hajar aswad terbuka rambut dan dadanya kerana perebutan itu….. kita mengalah…..lemahnya kita!!!
Kemudian kita melihat kepelbagaian manusia yang bersuku dan berbangsa lain dengan pengetahuan yang berbeza. Ada yang sembahyang berdiri sebahagian sembahyang dan duduk sebahagian lainnya. Ada yang datang duduk ditengah antara dua saf walaupun datang lambat, dimarahi orang lain, tapi buat tak tahu je….orang lain nak sujud dan rukuk pun susah dibuatnya…..menarik dan sangat menginsafkan…. Bahawa manusia ini matlamatnya sama tapi caranya berbeza. Tapi keprihatinan saudara seagama untuk berkongsi makanan kurma dan roti sangat menyentuh hati……
Kerja kita macam tak habis-habis je. Entah bila nak berhenti. Sekarang ni kita rasa penat, berhenti dan teringat kita ada blog yang tak buka-buka……tak istiqamah lansung! Bukan apa, kadang-kadang kita rasa tak ada apa yang baik untuk kita kongsi, jadi tak payahlah…. Ada masa kita rasa bosan dengan kehidupan kita….berdosa ke?
Teringat pulak sabtu lepas buat pemeriksaan kesihatan dan sedihnya berat badan dah naik dan kandungan lemak dalam badan…..emmmm alahai…..nak join biggest loser asia la…… pelik kan tubuh badan kita ni…. Walau kita kawal pemakanan, pergi beriadah, buat senaman…..kalau nak naik, naik juga…tiada lansung keupayaan dan kekuatan untuk mengawal. Kata pegawai kesihatan kita kena nyahtoksid dalam badan, cukup tidur dan makan pada waktu yang tetap setiap hari…..mungkin juga faktor usia. Metabolic rate dah terlalu perlahan, merangkak agaknya…..hu hu hu…. Kita kena usaha lagi!!!!
Jauh benar cerita kita dengan apa yang kita rancang nak cerita dari awal tadi….tentang tuah dan maruah.bagaimana kita harus bersyukur dengan segala yang kita ada. Kita sendiri sebenarnya bersyukur walau berat badan naik sedikit, kesihatan kita Alhamdulillah baik…tapi kita kena jaga juga berat badan tu. Dan bercakap tentang maruah, kita hanya nak katakan bahawa kita tak akan buang maruah hanya kerana kita inginkan sesuatu dalam kehidupan kita. Bukankah Allah punya perancangan yang baik dan kita menyakini bahawa apapun takdir pasti mengatasi tadbir…..kalau orang lain guna istilah jual maruah kita kata buang sahaja sebab kalau jual kita dapat sesuatu daripada pertukaran itu tapi dalam soal maruah kalau kehilangan….apa lagi yang kita ada??? Mungkin macam tergantung dan kurang jelas je….dah malas nak menerangkan…..
Biar jadi ikan di laut ….tak terpengaruh dek persekitaran, biar jadi masin macam air laut…..tak membusukkan….. (baca buku..Nota fikir untuk zikir…menarik untuk orang biasa macam kita!)