Pejam celik, pejam celik lamanya dah ditinggalkan blog ni. Tiba-tiba minggu lepas teringat nak menulis semula. Banyak benar yang telah berubah sejak blog ini ku mulakan. Apapun umur juga bertambah, tanggungjawab tidak juga berkurangan. Kesihatan walau tidak begitu baik, alhamdulillah masih boleh ke sana sini, makan dan minum seperti biasa. Banyak benar yang perlu disyukuri.
Merancang untuk menunaikan haji tahun ini, alhamdulillah duit pun dah cukup tapi dapat berita bahawa visa tak dapat... kena tunggu tahun depan kalau ada rezeki, insyaAllah. Mohon untuk bersara awal. Semoga permohonan ini Allah luluskan dan permudahkan. Kesihatan dan keadaan mengubah rasa dan jiwa. Tiada lagi keseronokan bekerja seperti dahulu.
Dah terasa diri ini tua tapi belum jumpa nikmat hidup yang sebenar... hidup untuk dunia dan akhirat. Mencari cinta sejati..cinta Robb! Belum menikmati lazatnya solat... sehingga ia kulaksanakan dengan tenang, bersungguh-sungguh, umpama makan sekeping kek keju atau kek lobak merah kesukaanku. Bila selera benar-benar suka... sedikit2 sahaja ku cubit, ku kunyah perlahan, penuh kenikmatan, seluruh deria rasa pada lidah menghayati setiap gigitan dan kunyahan... kalau boleh sepotong kek itu, walau memang hanya boleh makan banyak itu, akan bertahan lama nikmatnya.
Tapi aku belum lagi berjumpa suatu ketika dalam solat bila aku merasa enaknya berkata-kata dengan Robbku, menghayati setiap bacaan dengan penuh syahdu, manis, mesra, rindu yang tak akan padam biar setiap waktu bertemu.
Mungkin Allah mahu aku terus mencari... bahawa aku belum bersedia untuk menjadi tetamuNya. Adakala rasa rindu... aku rasa jemu pada dunia yang penuh fitnah, porak peranda... ingin tinggalkan semua... dan pulang ke kampung asal. Tapi aku sedar bahawa aku tak cukup bekal. Datang pula rasa takut dosa2 belum terampun, taubatku belum sempurna.... tahu aku tak mampu ke neraka.
Ya Allah... bantulah hambaMu ini!
Monday, September 8, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)